,
Viral

Isu Cikgu Jalin Hubungan Terlarang Bersama Pelajar, Ibu Dakwa Pernah Ada Kesan Lebam Di Leher Pelajar?

Gempak
25/03/2024
00:00 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang guru wanita sekolah menengah kebangsaan (SMK) didakwa menjalin hubungan cinta bersama pelajar lelaki yang berumur 17 tahun.
Bagaimanapun, dapat dilihat hubungan tersebut ditentang oleh keluarga pelajar lelaki tersebut apabila kakak pelajar lelaki itu bertindak memuat naik hantaran mendedahkan hubungan terlarang itu.
Sebelum ini Gempak pernah melaporkan kes ini sedang berada di dalam siasatan kes polis.

Terima Laporan Sejak Disember

Terbaharu, menerusi laporan oleh Sinar Harian pihak polis telah mendedahkan mereka telah menerima laporan daripada ibu pelajar tersebut sejak Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun pada jam 10.30 malam, 12 Disember lalu.
"Wanita itu mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya yang pada ketika itu berusia 16 tahun, kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru matematik," katanya kepada Sinar Harian dalam kenyataan pada Ahad.

Pelajar Dakwa Telah Dipeluk Dan Dicium Cikgu

Wan Kamarul berkata, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang mendapati kejadian berlaku pada jam 4.50 petang, 12 Disember lalu.
"Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru matematiknya di perpustakaan.
"Pelajar itu mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh guru matematik berusia 37 tahun itu hingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya," katanya.
Beliau berkata, mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan ke atas kesan kemerahan yang terdapat pada lehernya.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan
lanjut," katanya.

Polis Sahkan Hantaran Viral ltu Adalah Benar

Mengulas lanjut, Wan Kamarul mengesahkan hantaran di media sosial berkenaan salah laku seksual oleh seorang guru wanita ke atas pelajar lelaki adalah benar.
"Orang awam dinasihatkan tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian itu," katanya.
Sekadar info, difahamkan guru tersebut sudah mempunyai suami dan merupakan ibu kepada 5 orang anak. Sebelum ini, walaupun pihak keluarga sudah membuat laporan Polis dan aduan kepada PPD, guru tersebut dipercayai tetap mendekati pelajar lelaki itu meskipun sudah dipindahkan ke sekolah lain.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.