Laman Utama
Isu Bayi Dibekukan: Tiada ‘Buku Pink’ Bukan Bermaksud Belum Bernikah - “Kesusahan Saya Tiada Siapa Yang Tahu”
Bapa kepada bayi yang dibekukan selama 16 hari mengakui kekhilafan dirinya kerana tidak membawa isteri melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan.
BERITA BERKAITAN: Suami Kongsi Momen Najwa Latif Di Hospital, Menangis Selepas Alami Keguguran – “Masih Belum Ada Rezeki”
BERITA BERKAITAN: Isu Bayi Dibekukan: Suami Dedah Isteri Alami Kemurungan & Sukar Tidur - “Pihak Hospital Kutuk Dia Sebab Lahirkan Anak Tak Sempurna”
Safwan Roshdy, 22 bagaimanapun mempunyai alasannya sendiri dan menyifatkan orang ramai tidak layak untuk terus menghukum dia dan isteri berikutan tidak mengetahui kesusahan yang dialami mereka.
“Terus terang saya katakan waktu itu saya mengalami masalah kewangan. Memang agak susah.
"Tetapi saya berusaha dengan sentiasa memantau usia kandungan melalui aplikasi di telefon pintar. Memang saya tak pernah cuai pantau keadaan isteri dan anak walaupun hanya menggunakan aplikasi.
"Saya mengaku memang sedih, terutama isteri yang sangat kecewa dengan tuduhan pihak hospital dan komen orang ramai di media sosial tanpa usul periksa.
“Kesusahan saya tiada siapa yang tahu termasuk kawan-kawan mahupun keluarga, sebab saya cuba berusaha selesaikan sendiri," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Safwan meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan sesetengah pihak termasuk mendakwa dia dan istreri tidak berkahwin.
“Memang sedih dan saya mengaku sedikit tertekan denga apa yang orang luar katakan, tetapi saya jadi lebih sedih anak saya turut menerima kecaman. Sedangkan dia begitu sempurna di mata kami.
“Lebih melampau ada yang berkata anak kami itu anak luar nikah. Apa perasaan saya dan isteri?” katanya.
Kes kematian adik Muhammad Adham Mikail mula mendapat perhatian apabila jenazah bayi itu ditahan sehingga 16 hari di sebuah hospital swasta gara-gara si ayah gagal membayar bil hospital berjumlah RM3,600.
Dalam tempoh dua minggu itu, bapa Adham dikatakan berusaha mencari wang termasuk meminjam dengan ahli keluarga dan kenalan, namun jumlahnya tidak mencukupi, sehingga seorang dermawan membantu menjelaskan baki lebih RM1,000 pada Isnin baru-baru ini.
Kes kematian adik Muhammad Adham Mikail mula mendapat perhatian apabila jenazah bayi itu ditahan sehingga 16 hari di sebuah hospital swasta gara-gara si ayah gagal membayar bil hospital berjumlah RM3,600.
Pendedahan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh aktivis sosial Malaysia, Wan Cai melalui satu hantaran di Facebook beliau.
Dalam pada itu bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna itu juga didakwa dihina oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta di Klang.
Wan Cai menjelaskan, pihaknya yang menguruskan bayi itu terpaksa menggunakan air panas yang dicampur air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi jenazah bayi berkenaan.
Must-Watch Video