,
Sukan

Isu Baju Olimpik, MY Creative Moments Mohon Maaf Kelemahan Pelancaran Pakaian Rasmi Kontinjen Negara

Gempak
28/06/2024
03:14 MYT
Penganjur sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024, MY Creative Moments tampil memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lepas.

Mohon Maaf Kepada Majlis Olimpik Malaysia

Pengarah Urusannya, Wong Kang Woon dalam satu kenyataan semalam memohon maaf kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan serta peminat sukan negara atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran tersebut.

"Kami mengakui kesilapan kami dan mengambil tanggungjawab atas sebarang cacat cela dalam pengurusan dan penganjuran acara itu serta ulasan daripada peminat dan netizen yang menjejaskan imej MOM secara keseluruhan.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada MOM dan kontinjen Malaysia," katanya.
My Creative Moments sebagai pihak ketiga diberikan hak menganjurkan sambutan tersebut di Kuala Lumpur dengan sokongan MOM.

BERITA TRENDING:Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

Susulan majlis pelancaran tersebut, rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.

​BERITA TRENDING:Bekas Gimnas Negara ‘Kecewa’ Dengan Kenyataan Hamidin - “Kalau Dia Tahu…”

Malah, netizen juga mengkritik penggunaan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi tersebut berupa baju berkolar, baju T dan jaket, pada sesi pelancaran bersempena sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024.

BERITA TRENDING:"Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

​BERITA TRENDING:Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.