,
Laman Utama

Isu Babak Ranjang, Riena Diana Terima Mesej Lucah - “Takkan La Saya Nak Malukan Ibu Bapa Dengan Buat Benda Macam itu!”

Asyikin Mayudin
03/08/2023
08:50 MYT
Pelakon Riena Diana tampil menjelaskan mengenai artikel yang mengeluarkan kenyataannya mengatakan dia bersedia melakukan babak ranjang dalam sesebuah karya.
Riena menegaskan dia hanya akan melakonkan babak tersebut sekiranya diminta oleh pengarah dan skrip namun ia haruslah tidak keterlaluan.
“Korang memang suka baca tak sampai habis kan. Lepas artikel itu keluar banyak yang DM saya, ‘ouh Riena suka ranjang macam mana’, sick comment, sick DM.
“Soalannya, Riena bersedia tak kalau dapat babak macam itu dan saya cakap, saya akan buat kalau skrip dan pengarah suruh tapi tidak keterlaluan. Kena ingat kita di negara Islam.
“Tak kan la akan ada aksi macam itu, kita semua tahu pernah ada aksi macam itu sehingga viral sampai tak boleh keluar TV. Jadi, tak mungkin la akan ada pun,” jelasnya.
Malah Riena juga memberitahu dia masih menjaga batas dalam melakukan sebarang aksi kerana mempunyai keluarga dan ibu bapa yang menonton lakonannya.
Riena turut memberitahu dia sudah memadam semua gambarnya di Instagram kerana terkilan dengan tindakan netizen yang meninggalkan komen tanpa membaca sepenuhnya artikel.
“Saya ada beritahu, saya ada ibu bapa dan keluarga yang masih lagi tengok drama-drama saya. Tak kan la saya nak malukan ibu bapa saya dengan buat benda-benda macam itu.
“Soal gambar, kalau nak letak gambar saya macam itu (seksi) itu normal la kan. Sebab dah memang kerja nak tarik crowd. Patutnya korang (netizen) lebihkan baca.
“Memang aku merajuk dengan korang! Yang komen itu, saya nak merajuk, tak nak kawan… aku padam semua gambar-gambar dengan Instagram. Tak payah dah tengok gambar saya, tak nak post dah apa-apa,” tegasnya.
BACA SINI: Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Elak Penyakit Ain, Riena Diana Kurangkan Perkongsian Bersama Keith Foo - “Saya Tahu Keadaan Mental…”

gempak
17/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Riena Diana mengakui dia kini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian di laman sosial bersama kekasih hati yang juga aktor Keith Foo.
Hiburan

Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

gempak
11/10/2024
21:55 MYT
Pelakon Keith Foo mengakui dia sering mendengar ceramah agama untuk menambahkan ilmu baharu sejak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Riena Diana.
Hiburan

Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”

gempak
09/10/2024
08:25 MYT
Pelakon Riena Diana memberitahu dia tidak menyangkakan aktor Keith Foo yang juga teman istimewanya itu menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama iPhone 16 Pro Max baru-baru ini.
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
Unitar