,
Hiburan

Isu 2 Kumpulan Guna Nama XPDC: Peminat Bijak Nilai Sendiri - Zua XPDC

Kamaruddin Razal
11/12/2017
10:11 MYT
Pemain bass kumpulan XPDC, Zua yakin peminat bijak menilai apabila ada dua kumpulan yang menggunakan nama XPDC.
Timbulnya isu dua kumpulan yang menggunakan nama XPDC dan membuatkan peminat keliru.
Perkara tersebut terjadi apabila wujudnya konflik antara vokalis asal XPDC, Mael dan bekas pemain gitar asal XPDC, Izo.
Kini, Zua menganggotai kumpulan XPDC bersama Mael (vokalis), Jeff (gitar) dan Amy (dram).
Izo pula tampil dengan Ali (penyanyi), Eddie (bass), Arif (gitar) serta Lola (dram) dan mereka juga turut menggunakan nama XPDC.
"Saya rasakan peminat bijak menilai dan boleh menentukannya sendiri. Pengasas dan penyanyi asal XPDC, Mael ada bersama kami.
"Saya sendiri tak berani nak mengaku saya ahli kumpulan XPDC jika saya tidak bersama Mael," kata Zua.
Zua atau nama sebenarnya, Azuar Mad Tasi, 51, ditemui ketika sidang media konsert Metal Legends Live In Concert di Restoran Rebung, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bakal berkongsi pentas bersama kumpulan Cromok di konsert tersebut, Zua menganggap konflik yang terjadi sebagai salah satu bentuk promosi untuk mereka.'
"Apabila ada orang bercakap mengenai isu tersebut, kami bersepakat untuk memandang perkara itu dari perspektif yang baik. Secara tidak sengaja, ia juga menjadi salah satu bentuk promosi.
"Metal Legends Live In Concert bakal menjadi saksi pertemuan XPDC bersama Cromok. Kami sendiri tidak sabar untuk beraksi dan bakal memberikan persembahan terbaik untuk semua peminat," katanya lagi.
Metal Legends Live In Concert bakal diadakan di MAEPS, Serdang pada 3 Februari tahun hadapan.
Tiket sudah mula dijual bermula dengan harga RM68 (Trash Zone), RM120 (Hardcore Zone) dan RM250 (VIP & Backstage Zone) di laman web www.ilassoticket.com
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Real Cromok Buat Kejutan Di Tahun Ke-36, ‘Kembalikan’ Hillary & Man Keedal

gempak
24/09/2024
15:35 MYT
Cromok membawa kejutan di tahun ke-36 penubuhannya dengan sebuah persembahan ikonik yang menampilkan pemuzik, Hillary Ang dan Man Keedal dalam sebuah konsert yang dinamakan The Real Cromok.
Hiburan

“Pada Saya, Mereka Hanya Band Tribute Saja” - XPDC Militia

gempak
28/02/2024
05:55 MYT
Semoga ada penyelesaian.
Hiburan

Ultimate 6 Gabungkan XPDC, Kamikaze, Laksamana & CRK! - "Setiap Teraju Punyai Keunikan Tersendiri"

gempak
27/01/2024
11:26 MYT
Menggabungkan bekas ahli kumpulan rock otai, Ultimate Six memberikan kelainan kepada peminat muzik rock tanahair di era 80an dan 90an.
Laman Utama

Ada Yang Ugut Nak Bunuh, Santau Hattan Sekeluarga

gempak
01/05/2023
08:50 MYT
Astaghfirullah!
Laman Utama

Mael XPDC Meninggal Dunia...

gempak
27/04/2023
14:51 MYT
Al-Fatihah...