gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Syahrini Terima Penghargaan UNESCO Di Acara Filem Cannes 2025 - “Penghargaan Ini Menjadi Dorongan Saya Untuk Kembali Aktif…”
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
KELUANG MAN
Bawa Semangat Superhero! Ini Dia Merchandise Keluang Man Yang Best Untuk Dikumpul & Enjoi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Isteri-Isteri Ashraf Muslim Tiada Isu Berebut Giliran Untuk Balik Raya - “Yang Penting Ziarah Keluarga…”

gempak
Umirah Halim
31/03/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri-Isteri Ashraf Muslim Tiada Isu Berebut Giliran Untuk Balik Raya - “Yang Penting Ziarah Keluarga…”
Pelakon Ashraf Muslim memaklumkan bahawa tiada isu berebut giliran untuk pulang berhari raya antara kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah.
Menurut Ashraf, 43, isteri-isterinya akan berbincang terlebih dahulu secara baik bagi menentukan giliran kemudian keputusan akan ditentukan oleh dirinya.
“Pulang kampung siapa akan ikut giliran. Raya juga lama, sebulan. Jadi, dua minggu saya akan bahagikan, perlu berlaku adil, mungkin tahun ini di sini dan giliran itu akan berpusing-pusing.
“Mereka (Isteri) akan berbincang dahulu, saya mengiyakan sahaja dan saya yang akan buat keputusan,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Seribu Tahun itu juga memaklumkan isteri-isterinya tiada masalah dengan hal tersebut memandangkan sudah belasan tahun bergilir untuk pulang ke kampung.
“Saya tiada masalah dengan perkara itu sudah belasan tahun melalui yang penting ziarah dan menyantuni keluarga.
“isu giliran itu semua dah faham,” katanya lagi.
Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.
Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Topic Berkaitan
#Isteri
#Muslim
#Ashraf
#Beraya
Must-Watch Video