,
Laman Utama

Isteri Tidak Cemburu Apabila Awie Bekerjasama Dengan Erra Fazira

Izwan Isa
28/06/2022
06:50 MYT
Profesional. Mungkin kalimat itu yang tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan rakan artis Erra Fazira untuk sebarang program hiburan dan juga persembahan.
Vokalis kumpulan Wings itu menjelaskan, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin juga tidak cemburu apabila dia sering menjalinkan kerjasama dengan primadona filem Melayu itu sejak kebelakangan ini.
Menurut Awie, isu berkenaan tidak pernah timbul antara dirinya dan isteri. Bahkan, Awie berkata, Sharifah sangat memahami dan teruja setiap kali dia dan Erra menjalinkan hubungan kerja bersama.
“Sebenarnya, tiada isu pun antara kami. Isteri saya beri kebenaran dan dia juga sangat teruja. Sebab dia pun peminat Erra.
“Jadi, semuanya baik-baik sahaja, tiada perasaan cemburu,” katanya kepada Gempak.
Awie berkata demikian dalam sidang media Konsert Romantika yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awie turut menjelaskan yang dia berasa selesa setiap kali bekerjasama dengan Erra yang dianggap sebagai kenalan lama.
“Berpuluh tahun saya dah kenal dia. Kami banyak tolak ansur dan faham antara satu dengan lain.
“Dulu pernah bertunang, kecewa, putus dan hujungnya kembali bersahabat. Insya-Allah, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya,” ujar Awie lagi.
Konsert Romantika yang menampilkan Awie dan Erra itu bakal diadakan di Sabah International Convention Centre pada 20 Ogos depan.
Untuk tempahan tiket, hubungi Perry Hussin 013-8688282; Fernalis 013-8034232; Shaira 011-1002383 dan Hana 019-6928417.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.