,
Laman Utama

Isteri Tak Kisah Bantu Cari Nafkah Kalau Atu Tak Kerja - “Perlu Saling Melengkapi, Kesian Suami”

Mya Amri
29/03/2022
02:28 MYT
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari tidak kisah untuk membantu keluarga mencari pendapatan pada bulan Ramadan.
Menurut Shafeeqa, pada kebiasaannya Atu tidak akan mengambil sebarang pekerjaan pada bulan puasa kerana mahu fokus beribadah.
“Selalunya Ramadan Atu tak ambil job, saya pula kerja. Buat kek untuk raya, saya cover Atu untuk dia tenang beribadah. Tetapi Ramadan sahajalah, bulan lain dia wajib kerja.
“Bukan menyokong atau membantah mana-mana pihak. Suami itu cinta kita, tak akan nanti dia tak ada duit kita halau dia dari rumah yang dia sendiri bayar kan?” tulisnya.
Shafeeqa juga berpendapat sebagai suami isteri, pasangan seharusnya membantu antara satu sama lain dan saling melengkapi.
“Suami isteri ini perlu saling melengkapi. Kesian suami. Kita nikah sebab cinta bukan sebab nak jadi kan dia mesin cetak duit. Kena kerja, kena beli, kena buat. Mereka pun ada kudrat mereka.
“Tak akan sampainya hati… Saya kagum dengan isteri yang kerja makan gaji, balik boleh masak lagi. Saya duduk rumah jaga anak pun tak mampu nak buat. Percayalah, dah tua nanti anak-anak mesti akan rindu masakan seorang ibu…” coretnya.
Dalam pada itu, dia juga menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan tidak putus memberikan sokongan dalam bidang perniagaan.
“Alhamdulillah, saya dapat suami mudah. Kalau tak larat nak masak kita makan luar tapi saya ini suka mencuba. Kita cuba dan cuba, kadang-kadang mendatangkan pendapatan pula untuk saya.
“Suami saya ni ibarat tikus makmal. Kalau dia kata okay, baru saya berani open order. Terima kasih banyak-banyak ya encik suami, dah lah keluar modal, kena jadi tester pula,” kongsinya.
Untuk info, Shafeeqa dan Atu terkenal dengan perniagaan kek lapis yang diberi nama Kek Lapisan Ozon.
Sehingga kini perniagaan mereka mendapat sambutan hangat kerana kualiti terbaik dan juga rasa kek yang sangat sedap.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Hiburan

Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

gempak
10/09/2024
03:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu mengakui dia kini tidak kisah dengan bayaran malah pernah membuat persembahan secara percuma.
Laman Utama

“Dari Rambutnya Aja, Banyak Bercanda Ya" - Netizen Indonesia Suka, Terhibur Tengok Atu Main Badminton

gempak
18/11/2023
08:30 MYT
Macam-macam hal Atu ni hehe.
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: "Sebelum Tu Dia Tanya Cukup Tak Komitmen Kita Sekeluarga?" - Isteri Hormat Keputusan Atu Tak Masuk MLS

gempak
22/07/2022
09:38 MYT
Atu ada sebab tersendiri tak masuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga tahun ini.
Laman Utama

“Kami Bukan Orang Kaya Berjuta Duit…” - Isteri Atu Perjelas Lakukan Misi Bantuan Bukan Untuk Populariti

gempak
14/07/2022
06:37 MYT
Suka tengok Atu dan isteri lakukan misi bantuan.