HIBURAN
Isteri Selamat Bersalin, Fizo Omar Luah Rasa Syukur - “Saya Sambut Kelahiran Dengan Tarik Sendiri Baby Keluar Dari Rahim Ibunya…”
Pelakon, Fizo Omar mengucapkan rasa syukur apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada Selasa.
Sambut sendiri isteri bersalin
Menurut Fizo, isterinya bersalin secara normal dan segala momen yang berlaku semasa proses bersalin adalah amat istimewa buat dirinya.
“It’s a boy. Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat bersalin secara normal di @andorrahospitalofficial bersama Dr Kamsiah Muda.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg. Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Perasaan bercampur baur
Mengulas mengenai perasaannya pada ketika itu, Fizo berkata segalanya bercampur baur saat melihat zuriat yang dilahirkan.
“Masya-Allah, satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan teruja, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.
“Syukur rezeki dari Allah, tiga perempuan dan seorang lelaki, datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yang melimpah ruah.
“Kredit untuk wanita hebat, isteri tersayang yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM,” coretnya.
Untuk info, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wab Khaleeda, 3 dan Wan Umaira, 2.
Fizo sebelum ini mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama usahawan terkenal, Mawar Karim iaitu Wan Maryam, 7.
Must-Watch Video