,
Hiburan

Isteri Selamat Bersalin Anak Ketiga, Dr Say Pilih Nama Zeqriel - “Tak Perlu Google Apa Maksud Sebab…”

Mya Amri
12/01/2024
07:55 MYT
Isteri kepada doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril iaitu Dr Azura Abbas selamat melahirkan anak ketiga mereka pada pagi Jumaat.
Berita gembira itu dikongsi oleh Dr Say menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Dr Say, dia mempunyai sebab tertentu memilih nama Zeqriel untuk anak putera ketiganya.
“Assalamualaikum semua, nama saya Zeqriel. Uncle aunty tak perlu google apa maksud Zeqriel sebab daddy cakap dia nak bagi nama saya rhyme dengan abang-abang saya.
“Saya lahir pukul 8.16 pagi tadi. Berat saya 3.34kg. Saya dengar, ramai yang teka-teka jantina saya sebelum saya keluar.
“Ramai jugak yang teka saya gegirl berdasarkan ketajaman perut mommy, tapi so far bila saya tunduk tadi, saya nampak bebird jadi kiranya saya boboy, he/him.
“Insya-Allah kalau ada rezeki nanti saya suruh mommy daddy buat adik gegirl okay? Yang penting saya sihat. Alhamdulillah,” coretnya.

BERITA TRENDING: “Bini Tidur Penat, Baby Nangis Takkan Nak Kejut Bini” – Dr Say Mengaku Kadang Rasa Koyak, Tak Mudah Jaga Dua Anak Kecil

Menerusi hantaran yang sama, Dr Say juga turut berkongsi wajah comel anak ketiganya itu.
“Tadi daddy dah azan dekat telinga kanan saya. Handsome jugak daddy bila saya amati dia elok-elok tapi mommy saya lagi cantik dari daddy saya.
“Anyway tadi mommy daddy cakap saya ada dua abang dekat rumah. Seorang dipanggil Ace, sorang nama Sefriel dipanggil Sef.
“Jadi mommy daddy cakap, boleh panggil saya Zeq. Katanya abang-abang saya tak sabar nak main dengan saya tapi saya kecik lagi jadi saya kena minum susu banyak, tidur banyak, bagi badan saya besar sikit, baru saya boleh main dengan abang-abang saya nanti.
“Anyway nice meeting uncle dan aunty semua. Rasanya lepas ni kita akan jumpa hari-hari dekat story daddy saya la eh?
“Mommy cakap daddy suka tunggang anak-anak, saya kurang faham tapi saya rasa tunggang anak okay lagi lah kot dari tunggang agama en hihi.
“Nanti mintak tunjuk ajar ye uncles aunties semua. Okay, Zeq sign off dulu eh sebab nak gi nyot nyot mommy jap, lapor,” coret hantaran berkenaan.

BERITA TRENDING: “Anak Demam Panas Pun Cakap Kena Rasuk Jin, Aduhai…” - Dr Say Bidas Ustazah Isu Anak Autism, Ramai Setuju Siap Nak Tolong Lepuk

Terdahulu. Dr Say dan isterinya, Dr Azura Abas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel (Ace), 5, dan Sefriel (Sef) yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Hiburan

Gaji Content Creator Cecah Puluhan Ribu Ringgit, Dr Say Dedah Pernah Terima ...

gempak
23/08/2024
09:55 MYT
Selebriti media sosial Dr Say mendedahkan dia ada menerima bayaran sebagai pembuat kandungan atau 'content creator' yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
Hiburan

Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah -  “Bila Sebut CCTV, Dia...”

gempak
15/08/2024
02:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumah warga Indonesia yang kantoi membawa lelaki asing ke dalam rumahnya tempoh hari telah diusir dan tidak lagi berkerja bersamanya.