,
Laman Utama

Isteri Pernah Keguguran, Abang Tesla Nafi Kahwin Dua Sebabkan Anak! - "Sebenarnya ..."

Mya Amri
26/08/2023
07:50 MYT
Pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dua disebabkan masalah zuriat.
Pemilik nama lengkap Muhammad Khal Iltizam Yusry itu berkata, perkara berkaitan hal rumah tangga mereka itu tidak perlu diperbesarkan oleh orang lain.
“Sebab apa berkahwin lain ini saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga iaitu keluarga, hati isteri saya, hati pihak di sebelah sana. Tapi apa yang penting adalah ke arah kebaikan.
“Kalau nak cakap cerita mengenai anak sebenarnya tak, sebab kita pun sudah melakukan rawatan persenyawaan In Vitro (IVF) dan isteri saya pun pernah mengandung cuma tak ada rezeki.
“Jadi pada saya isu dalaman rumah tangga itu tak perlu diceritakan. Sebab lagi banyak dikongsi lagi banyak aib dibuka.
“Jadi lebih baik jaga diri masing masing dan sihatkan minda anda,” katanya kepada Gempak.
BACA: #GTheUntoldStory: Lepas Berpoligami, Hubungan Abang Tesla & Isteri Pertama Macam BF-GF: “Makan Pun Bersuap”
Dalam pada itu, Khal juga memohon netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik baik buat mereka sekeluarga.
“Jangan komen bukan bukan sebab kita tidak tahu kalau benda ni akan berbalik pada diri, keluarga kita macam mana?
“Jadi doakan yang baik-baik sebab kami pun alhamdulillah bahagia. Insha-Allah kami akan bahagia sampai bila-bila. Doakan yang terbaik, itu sahaja yang kami minta.” jelasnya.
BACA: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
BACA: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.