,
Hiburan

Isteri Minta Beli Emas, Dr Say Belikan iPad Kerana...

Syafiqah Jalal
04/09/2020
09:16 MYT
Pengacara My Doctors, Dr Say Shazril menolak permintaan isterinya, Dr Azura Abas yang mahu membeli emas perhiasan.
Menurut Dr Say meskipun emas merupakan antara pelaburan terbaik, namun dia mempunyai pendapat berbeza kerana emas tiada kegunaan dalam kehidupan seharian.
“Saya tahu harga emas naik mendadak baru-baru ni. Atas sebab ni, bini dimomok orang sekelilingnya supaya meminta saya membelikan emas perhiasan kepadanya.
“Sepanjang mengenali bini selama 12 tahun, saya tahu dia tak pakai emas perhiasan langsung tapi saya tahu kalau kita sering dimomok semestinya kita terkulai juga seperti mana saya terkulai jika ternampak Nike Metcon baru ataupun iPhone baru ataupun SUV baru seperti BMW X4/ Range Rover Velar/ Lamborghini Urus.
“Maka suatu hari ada dia menyatakan hasratnya mahukan emas perhiasan. Tapi sebab saya tahu dia tak pakai emas, hasratnya itu bagaikan suara hariannya, ditapis terus ataupun masuk telinga kanan laju-laju dikeluarkan telinga kiri.
“Bagi saya what for spend on perhiasan sedangkan perhiasan itu tidak mempunyai kegunaan dalam kehidupan harian (habislah semua old emas collector dan wanita fanatik emas bash aku ni),” katanya.
Dr Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Dr Say mempunyai alasan yang kukuh mengapa dia tidak membeli emas untuk isterinya buat masa ini.
“Sabar dulu, macam saya cakap saya tahu emas adalah pelaburan yang terbaik.
“Tapi memandangkan bini saya tengah sambung belajar saya tanya dia “ada tak apa-apa yang saya boleh belanja untuk memudahkan pelajaran awak?”. Bini fikir dan fikir tiba-tiba bini jawab “kalau ade iPad Mini senang saya nak baca journal untuk study”.
“Terus saya tarik tangan bini, masuk dalam SUV, pergi ke IOI City dan voila ku belikannya iPad Mini. Saya tahu mesti ramai nak cakap “emas boleh invest doc” tapi pada saya pelajaran satu pelaburan.
“Hari-hari saya tengok dia mentelaah journals kat iPad dia, kadang-kadang dipasangkan Coco Melon Ace kat iPad tu, bukankah itu juga sebentuk pelaburan?” katanya lagi.
View this post on Instagram

Topik : Education Or Emas? Sy tahu harga emas naik mendadak baru-baru ni. Atas sebab ni, bini di momok orang sekelilingnya supaya meminta sy membelikan emas perhiasan kepadanya. Sepanjang mengenali bini selama 12 tahun, sy tahu dia tak pakai emas perhiasan langsung tapi sy tahu kalau kita sering dimomok semestinya kita terkulai juga sepertimana sy terkulai jika ternampak Nike Metcon baru ataupun Iphone baru ataupun SUV baru seperti BMW X4/ Range Rover Velar/ Lamborghini Urus (take note permintaan i hun hehe). Maka suatu hari ada dia menyatakan hasratnya mahukan emas perhiasan. Tapi sebab sy tahu dia tak pakai emas, hasratnya itu bagaikan suara hariannya, ditapis terus ataupun masuk telinga kanan laju2 dikeluarkan telinga kiri. Bagi sy what for spend on perhiasan sedangkan perhiasan itu tidak mempunyai kegunaan dalam kehidupan harian (mampuih semua old emas collector & wanita fanatik emas bash aku niii). Sabaq dulu, macam sy cakap sy tahu emas is a good investment. Tapi memandangkan bini sy tengah sambung belajar sy tanya dia “ade tak ape2 yg i boleh belanja untuk memudahkan pelajaran u?”. Bini fikir & fikir (sebab momokan emas perhiasan tu bagai minyak guna2, gundah gulana bini dibuatnya) tup tap bini jawab “kalau ade Ipad Mini senang i nak baca journal tuk study”. Terus sy tarik tangan bini, masuk dalam SUV, pergi ke IOI City & voila ku belikannya Ipad Mini. Sy tahu mesti ramai nak cakap “emas boleh invest doc” tapi to me EDUCATION IS AN INVESTMENT. Hari2 sy tengok dia mentelaah journals kat ipad dia, kadang2 dipasangkan Coco Melon Ace kat ipad tu, bukankah itu juga sebentuk investment?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.