,
Laman Utama

Isteri Influencer Viral Malukan Warga Emas Kongsi Status Tentang Ujian & Pahala, Netizen Warning; "Jangan Play Victim"

Amri Hassan
29/07/2021
01:13 MYT
Selepas tular sepotong video seorang usahawan dan influencer lelaki di media sosial, ramai yang meluahkan rasa kesal serta terkilan dengan sikap biadabnya.
Rakan selebriti juga antara yang turut meluahkan rasa bengang atas insiden yang melibatkan sesi tarbiah kepada golongan warga emas itu.
Bagaimanapun, isteri kepada usahawan terbabit tampil mengemaskini status di Instagram Storiesnya berkenaan ujian dan pahala bersabar.
"Biasalah dunia memang tempat ujian. Sabar sajalah. Mungkin ada pahala sikit yang boleh dapat dari bersabar ni.
"Kita semua sedang diuji. Apa pun Allah lebih mengetahui segalanya," tulisnya secara umum.
Bagaimanapun, status berkenaan menambahkan rasa kecewa dalam kalangan netizen. Ada yang menganggap ia sebahagian cara untuk membersihkan kesilapan dengan memperjudikan ayat-ayat berunsurkan nasihat dan keagamaan.
Pendek kata, ada yang menelah tulisan itu sebagai pendekatan untuk memulihkan imej yang telah tercalar disebabkan tindakan dan kata-kata suaminya.
"Aku tak fahamlah dia dah buat salah lepas tu play card Allah uji dia dan ujian bla bla. Just admit yang laki kau salah cukuplah.
"Husband you dah malukan orang tau, warga emas pula tu, jangan play victim please. Kesian pak cik tu.
"Who is worse than Ca*l S*ms*din? His wife. His enabler," tulis sebahagian netizen.
Malah, difahamkan ruangan komen dan kiriman mesej langsung akaun pasangan terbabit telah ditutup.
Netizen pada masa sama turut menggesa orang ramai agar memboikot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh mereka.
Rakaman video yang tular mencetuskan rasa marah dan geram netizen apabila usahawan terbabit dengan sengaja memalukan warga emas itu.
"Masa muda dulu menyesal tak?" demikian ayat yang dilontarkan dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.