HIBURAN
Isteri Dedah Azlan Komeng Bakal Kahwin Lain? - “Laki Orang Bercinta Macam Ini Eh…”
Perkongsian beberapa video di TikTok isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz seakan-akan memberi bayangan suaminya itu bakal berkahwin satu lagi meraih perhatian netizen.
Gaduh dalam telefon
Menerusi salah satu video terbaharu, Nilam berkongsi situasi suaminya sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya.
ARTIKEL BERKAITAN: Digelar Dayus Kerana Biarkan Nilam Cari Nafkah, Azlan Komeng Tampil Beri Penjelasan
ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng & Isteri Jual Minyak Urut, Niat Untuk Bantu Golongan Memerlukan -" Bukan Nak Kaya Mana Cuma…”
ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng Bagaikan Dapat Kaki Baharu, "Kini Boleh Berjalan Sepenuhnya -" Semuanya Asbab Minyak Nilam..."
“Jauh datang daripada KL sampailah ke pantai timur ini kan. Call saja… tak tahu la apa yang di call. Asyik bergaduh saja, belum kahwin lagi sudah bergaduh macam mana tu.
“Tapi tak ada apa-apa juga kan. Orang nak kahwin macam ini tau, mana-mana pergi pun call 24 jam. Belum kahwin lagi. Dah kahwin, aku tak tahu macam mana.
“Isk isk, macam ini ya… laki orang bercinta macam ini eh. Nampak telefon dekat tangan. Tapi tulah, kalau cakap elok-elok tak apa, asyik nak gaduh saja,” kata Nilam menerusi video yang dikongsikan di TikTok.
Titip pesanan
Pada perkongsian yang sama, Nilam turut menitipkan pesanan kepada wanita supaya mencari pasangan yang akan menyayanginya lebih daripada diri lelaki tersebut.
“Tapi sebenarnya, dia macam ini dik, akak fikirlah kan, perempuan… awak kena cari orang yang sayangkan awak lebih daripada dia sayang diri dia sebenarnya.
“Sebab kalau tak, dia akan jadi macam abang Lan. Paksa kahwin, nak kahwin, nak kahwin, okay akak bagi, tak ada masalah. Tapi 14 kali, 15 kali kau telefon dia, abang Lan tak suka tu tau.
“Abang Lan bukan orang macam itu tau. Tula, kita doalah yang baik-baik,” katanya.
Doa yang baik
Mohon doa yang baik-baik untuk keluarganya, Nilam bagaimanapun mengakui hatinya terkesan namun segala keputusan terletak kepada suaminya.
“Sebenarnya perit juga hati ini. Tapi itulah, semua atas abang Lan sekarang ini. Doalah yang baik-baik. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah yang baik-baik dia datang kat kita,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Nilam turut memuat naik video memberitahu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan seseorang yang dipercayai bakal madunya.
Must-Watch Video