Hiburan
Isteri Along Cham Sound Selebriti Jaja Cerita Buruk Dalam Live - "Tolong Hentikan! Awak Tak Hidup Dengan Saya"
Isteri pelakon dan pelawak Along Cham iaitu Feena Suhaimi tampil membidas tindakan seorang selebriti yang didakwa mengulas mengenai rumah tangga mereka menerusi sesi siaran langsung di media sosial baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Suami Isteri Ditahan Babit Laporan Dibuat Isteri Along Cham
BERITA TRENDING: ‘Game Over Feena” - Adik Along Cham Bongkar Komplot Isteri & Rakan-Rakan
BERITA TRENDING: "Tak Kisah Apa Orang Cakap, Saya Akan Sentiasa Berada Di Sisi" - Isteri Along Cham
Jelas Feena, individu tersebut difahamkan bercakap tentang hal rumah tangganya seolah-olah mengetahui situasi sebenar yang berlaku."Saya tak pernah berjumpa dengan dia, hanya berkomunikasi melalui telefon sahaja. Saya minta maaf kalau perkara itu mengganggu awak, tetapi perbualan kami hanyalah tentang suami saya dan bagaimana semuanya terjadi.
"Awak tidak hidup dengan saya. Hanya saya dan suami sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Macam mana orang ketiga boleh tahu tentang hal dalaman rumah tangga saya?" tegasnya.
Justeru, Feena meminta agar individu berkenaan berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar dan tidak membesarkan sesuatu perkara tanpa mengetahui situasi sebenar.
"Tolong jangan bercakap dan membesar-besarkan sesuatu tentang saya kerana awak sendiri tidak mengenali saya. Mungkin awak kenal suami saya kerana dia kawan awak, tetapi awak langsung tidak mengenali saya, apatah lagi hal perkahwinan saya.
"Melainkan ada yang bercerita kepada awak dan awak menjadi orang ketiga untuk memburukkan dan bercerita. Tolong hentikan!" tambahnya.
BERITA TRENDING: Digelar Mak Lampir & Scammer RM100K, Afreena Suhaimi Tetap Sayang Along Cham - “Terima Kasih Suamiku Untuk Semua Ini”
BERITA TRENDING: Along Cham Kongsi Punca Terjadi Lafaz Cerai Taklik, Siap Gelar Isteri ‘Mak Lampir’ - “Semua Ibarat Drama Yang Ada Plot Twist”
Must-Watch Video