Laman Utama
Isteri Adam Corrie Dedah Dilamar Selepas 3 Hari Kenal- “Macam Cerita Dongeng, Memang Kerja Gila Bila…”
Isteri kepada pelakon Adam Corrie, Fazima Fuad akui kisah perkahwinan mereka ibarat satu cerita dongeng.
Mengimbau kembali pertemuannya lebih 14 tahun lalu, Fazima atau mesra dengan panggilan Fazi memberitahu dia dilamar selepas hanya tiga hari perkenalan.
“Macam cerita dongeng..kisah berlainan bangsa , mualaf , budaya .. dan dia seorang selebriti pula tu.Sah diijabkabulkan 14 tahun yang lalu..
“Tiga hari kenal terus di lamar di bulan Ramadhan. Lepas 2 bulan jadi suami isteri yang sah,” ceritanya.
Fazi berkongsi detik perkenalannya dengan suami ketika ulang tahun perkahwinan mereka pada 21 November lalu.
Menurutnya, banyak cabaran dan dugaan mengahwini lelaki yang berlainan bangsa, budaya serta selebriti terkenal.
“Memang kerja gila. Bukan mudah berkahwin dengan berlainan bangsa , budaya dan selebriti mualaf memang boleh gila kalau tak sabar.
“Kena kuat mental, fizikal dan kena ada ilmu untuk membantu suami yang mualaf kenal Islam dan terus mengamalkan Islam,” katanya lagi.
Berkongsi lagi pengalaman mengahwinan Adam, Fazi memberitahu mereka banyak minta restu dari ibu bapa serta petunjuk dari Tuhan.
“Sebenarnya ada pro dan kontra buat kerja gila macam kami. Kalau tersalah pilih.. memang boleh merana, gila dan kecewa kerana tak kenal.. dan terus kahwin dalam masa yang singkat.
“Itulah pentingnya bertunang untuk kami. Masa itulah kami selidik diri masing-masing. minta restu ibu bapa, buat solat taubat, istikharah dan hajat setiap hari untuk dapat petunjuk dari Allah SWT.
“Mungkin oleh kerana perkenalan yang singkat, Allah bagi kami honeymoon 10 tahun baru Allah hadirkan Adam Fateh Lee dalam hidup kami.
“Rumahtangga kami sama macam orang lain juga. Bergurau senda selalu , bergaduh pon selalu.. itu wajib dan itu memang lumrah rumahtangga. Proses kenal diri pasangan dan juga sendiri juga.
“Yang penting kita tahu tanggungjawab kita. Kalau pasangan kita buat salah, memang lah kita rasa marah.. tapi jangan marah lama-lama . Lepas marah tu, buat macam biasa balik. Tak payah marah tu berpanjangan," nasihatnya
Selama 14 tahun mendirikan rumah tangga Fazi berkongsi pengalaman dan tip untuk kekal bahagia yang boleh diguna buat pasangan lain.
“Ungkit mengungkit elakkan. Kita perempuan ni mmg suka mengungkit kadang-kadang tu.. kalau kita marah-marah ... jangan ulang balik banyak kali. Suami tak suka.
.
“Cakap jangan berkias-kias.. cakap terus terang, pendek tapi padat dan sampai maksudnya. Selalulah buat aktiviti bersama. Jgn terlalu ambil hati dgn pasangan.
“Kalau nak hubungan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah , agama jangan tolak ke tepi... InsyaAllah.
“Walaupun rumahtangga kita bahagia tapi tak solat, tak jaga aurat, tak tunai perintah Allah dan tinggalkan laranganNya pun tak guna.. tiada berkatnya rumahtangga kita semua,”kongsinya lagi.
Fazi dan Adam berkahwin pada 21 November 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Fateh selepas 10 tahun bersama.
Must-Watch Video