,
Laman Utama

Isra*l Serang Sekolah Al-Quran Malaysia, Ramai Terkorban

Gempak
17/11/2023
04:45 MYT
Regim Israel telah menyerang Sekolah al-Quran Malaysia yang menjadi tempat perlindungan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat, Gaza.
Menurut Shehab Agency, ramai yang maut dan cedera dalam serangan yang dilakukan oleh askar Zionis malam tadi.
Sekolah al-Quran Malaysia yang juga dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza didirikan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka pada 16 Oktober 2017.
Sekolah yang bernilai RM4.3 juta itu merupakan bangunan tiga tingkat berkeluasan lantai 4,500 meter persegi.
Operasi sekolah dilaksanakan sepenuhnya Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah yang mana tenaga pengajar kesemuanya dari Palestin.
Selain pejabat pentadbiran, sekolah itu boleh menampung 700 pelajar itu dilengkapi 23 kelas termasuk makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, dewan latihan dan serba guna serta surau untuk kemudahan pelajar bersolat di sekolah. – Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gembira Tiba Di Malaysia, Reaksi Kanak-Kanak Palestin Ini Buat Netizen Sebak - “Terasa Hiba”

gempak
17/08/2024
04:31 MYT
Konflik di Palestin seakan-akan masih belum menemui titik noktah apabila ribuan rakyat di negara tersebut dibunuh setiap hari oleh rejim Zionis.
Berita

“Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM

gempak
02/08/2024
01:50 MYT
Perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik pada malam Rabu lepas.
Berita

“Pembunuhan Ismail Haniyeh Tidak Akan Dibiarkan Tanpa Balasan” – Hamas

gempak
31/07/2024
07:28 MYT
“Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak akan dibiarkan tanpa balasan”, itu kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!

gempak
30/07/2024
14:50 MYT
Atlet Judo Tajikistan, Nurali Emomali mengelak untuk bersalaman dengan lawannya dari Israel di Olimpik Paris 2024.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza

gempak
29/07/2024
01:50 MYT
Pembawa bendera Israel di Sukan Olimpik Paris 2024, Peter Paltchik adalah individu sama yang menulis mesej berbaur provokasi pada bom yang dibedil untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.