,
Laman Utama

Isaac Raees Nama Permata Hati Aiman Hakim & Zahirah Macwilson

Amri Hassan
05/03/2021
07:55 MYT
Selepas dua bulan akhirnya pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson tampil mendedahkan wajah permata hati mereka.
Istimewanya, pasangan itu turut memaklumkan nama bayi sulung mereka yang diberi nama Isaac Raees.
Selain itu, akaun Instagram khas turut dicipta untuk Isaac Raees @isaacraees yang kini sudah mengumpul 6,000 pengikut selepas enam minit dicipta.
"Anak kami sudah berusia dua bulan hari ini! Kami sayangkan kamu Isaac Raees.
"Semoga kamu membesar dengan sihat, kuat, soleh dan terus menyerikan hidup kami. Kami bangga menjadi ibu bapa kamu," tulis pasangan itu di Instagram masing-masing.
Pasangan itu yang kini berada di Perth, Australia telah menimang cahaya mata sulung pada 5 Januari lalu.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2018 di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.
Pada 20 Februari 2020 pasangan romantis itu selamat disatukan di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.