,
Laman Utama

Iqbal Keliru Nak Pilih Komposer – “Lebih 50 Komposer Tawarkan Lagu Termasuk Beberapa Band Popular Indonesia…”

Fiza Kamarudin
15/10/2021
09:40 MYT
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zolkefli akui keliru membuat keputusan memilih komposer untuk lagunya.
Iqbal berkata, buat masa sekarang lebih 50 komposer termasuk band popular dari Indonesia telah menawarkan lagu kepadanya.
Menurut Iqbal dia tidak boleh menunggu sehingga satu bulan untuk lagu disiapkan dan mahu semua siap termasuk video muzik, selewat-lewatnya minggu hadapan kerana mengejar masa.
“Saya keliru buat keputusan memilih komposer lagu saya kerana mesej yang saya terima tawaran dari orang yang hebat kesemuanya. Lebih 50 komposer besar menawarkan lagu termasuk beberapa band terkenal dari Indonesia.
“Kata orang, paling awal pun sebulan untuk siapkan semua. Namun saya perlu kejar masa kerana banyak hal lain perlu disegerakan juga. Paling lewat pun minggu hadapan lagu saya sudah dilancarkan bersama video muzik,” katanya.
Tambah Iqbal lagi dia tidak peduli dijadikan bahan ejekan orang ramai kerana percaya kerja keras akan membuahkan hasil.
Dia juga berharap akan menemui pencipta lagu yang tepat dan berjanji untuk tidak merosakkan industri muzik tanah air.
“Biarpun berjuta orang tidak percaya pada saya, jika keinginan diri teguh, saya sanggup tempuh.
“Boleh sarankan saya siapakah komposer yang sesuai untuk saya bekerjasama dari Malaysia & Indonesia?,” katanya.
Terdahulu Iqbal menyatakan hasrat untuk menyanyi dan menawarkan RM500,000 kepada komposer yang mahu mencipta lagu buatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

[VIDEO]: Kos Sekitar RM20,000, Iqbal Tunjuk Proses Telan Belon Untuk Kurus - “15 Hari Tanpa Makanan Pepejal”

gempak
19/01/2024
06:55 MYT
Nervous tengok Iqbal buat prosedur belon ni.
Hiburan

Lama Berdiam Diri, Rupanya Iqbal Baru Selesai Jalani Proses Kurus - “Langsung Tak Sentuh Makanan Walaupun Roti”

gempak
18/01/2024
01:59 MYT
Patutlah lama diam rupanya baru selesai proses kurus.
Laman Utama

“Yang Sedang Selesa Dan Bahagia, Usah Terlalu Menilai Rumah Tangga Orang Lain,” - Iqbal Zulkefli

gempak
02/12/2023
04:55 MYT
Kuat mengata takut berbalik pada diri sendiri.
Laman Utama

Iqbal Rajin Tuntut Ilmu, Tak Percaya 10 Guru Vokal Puji Suaranya - “Sedar Diri Tapi Saya Suka Belajar”

gempak
22/10/2023
12:55 MYT
Bagus Iqbal, tak putus asa belajar vokal.
Laman Utama

“Cuba Untuk Tertawa Namun Saya Gagal Berpura-Pura” - Iqbal Berubah Jadi Lebih Sensitif, Kurang Bercakap

gempak
07/10/2023
15:55 MYT
Terus bangkit Iqbal!