,
Laman Utama

Ippo Hafiz Lahir Rasa Syukur Isteri Kini Bertudung - “Isteri Saya Bertudung Atas Kerelaannya Sendiri”

Izwan Isa
01/07/2022
04:50 MYT
Tiada apa yang lebih menggembirakan hati apabila sang isteri mengambil keputusan untuk berhijab dan menutup aurat. Hal itu yang dirasai oleh penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 33, meluahkan rasa syukur apabila belahan jiwanya, Norfarahin Mohd Roslan, 34, kini tampil ayu bertudung.
Kongsi Ippo, dia berasa sangat gembira dan berharap doa yang baik-baik dilayangkan untuk isterinya untuk sentiasa istiqamah.
“Siapa sahaja yang tidak gembira melihat perubahan yang sedemikian? Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan.
“Isteri saya bertudung atas kerelaannya sendiri. Apa yang saya harapkan adalah doa semua semoga diberikan kekuatan buat saya dan keluarga. Saya sebagai suami pernah titipkan pesan (bertudung), tetapi bukan saya yang minta, tapi ia adalah yang diperintahkan oleh-Nya.
“Saya tak paksa dan nasihatkan isteri dalam cara baik. Kita tunjukkan perkara wajib sebab kalau kita yang cakap belum tentu ia betul. Jadi apa yang Nabi kita buat, itulah yang terbaik,” katanya.
Ippo berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Buku Paya Besar di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan di Kuantan, Pahang, Jumaat lalu.
Turut diadakan Pelancaran Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob dan lagu Demi Semua.
Hadir sama, YABhg Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Berkongsi pula mengenai lagu Demi Semua, Ippo yang turut bergelar komposer lagu berkenaan menjelaskan, lagu tersebut dihasilkan pada tahun lalu dan optimis mengharapkan reaksi baik pendengar.
“Saya merupakan anak Pahang. Jadi, saya terfikir untuk hasilkan lagu yang boleh beri semangat buat anak-anak muda agar cintakan negara. Skopnya lagu berkenaan besar dan meluas.
“Justeru, sesiapa sahaja boleh jadikan lagu tersebut sebagai inspirasi dan elemen tersebut diterapkan bagi menyuntik semangat patriotisme.
“Jujurnya, sudah lama rancang untuk menghasilkan lagu seperti ini. Jadi apabila bertemu dengan YB Datuk Indera Mohd Sahar Abdullah, kami sama-cama mencari idea mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam usaha menaikkan semangat dan pembangunan minda khasnya di kalangan anak muda,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ippo berkata, proses penghasilan lagu tersebut menjadi lebih mudah memandangkan dirinya dan Timbalan Menteri Kewangan 1 itu sudah saling mengenali.
“Kalau nak tahu, YB turut sama-sama beri ilham dalam penulisan lirik. Kemudian, saya gabungkan ia menjadi sebuah lagu yang baik.
“Penggambaran muzik videonya juga dilakukan tahun lalu dengan mengambil latar beberapa lokasi menarik sekitar Pahang,” katanya sambil memberitahu Demi Semua dirakam pada tetapi baru dilancarkan sekarang kerana kekangan pandemik.
Dalam perkembangan lain, Ippo bakal melancarkan lagu komersialnya bersama Zara Zya tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

gempak
04/08/2024
08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.
Viral

7 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Di Terengganu - "Penduduk Mengadu Mereka Sering Berkumpul Di Beranda Rumah"

gempak
28/07/2024
12:00 MYT
Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini baru-baru ini.
Hiburan

Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

gempak
16/07/2024
07:14 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagi Teringin, Shima mendedahkan dirinya sudah tiga tahun tidak berhijab.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.