,
Terkini

Inul Sakit Perut Lepas Makan Tepi Jalan, Mengaku Lama Tak Makan Menu Kampung

Maliah Surip
16/04/2024
15:55 MYT
Pulang menyambut Syawal di kampung menjadi acara tahunan bagi umat Islam yang masih mempunyai keluarga di desa.
Salah seorang selebriti Indonesia yang pulang berhari raya di kampung adalah Inul Daratista. Penyanyi dangdut tersebut pulang ke kampung kelahirannya di Pasuruan, Jawa Timur untuk bertemu keluarga dan sanak saudara.

Sakit perut

Selain berkongsi mengenai sambutan perayaan, Inul juga bercerita mengenai pengalamannya menikmati makanan kampung yang dijual di tepi jalan.
Malangnya kongsi Inul di akaun media sosial, dia mengalami sakit perut selepas menikmati petis yang menjadi makanan kegemarannya sewaktu masih belum berhijrah ke kota Jakarta.
“Hari ini saya pening kepala kerana sudah tidak cocok makan petis. Perut jadi tidak bersahabat.
“Lupa jika usia sudah tidak muda lagi,” tulisnya pada kapsyen seperti dilaporkan Insertlive.
Inul mengaku perkara itu terjadi kerana perutnya sudah tak terbiasa untuk memakan makanan kampung.
Hal ini lantaran selama tinggal di Jakarta Inul mengaku selalu menjaga makanannya.
“Perut saya terlalu cantik. Sudah terlalu sering menerima makanan sihat tapi kalau di kampung semua benda makan.
“Jadi kalau kotor sikit, sombongnya keluar,” tambah isteri Adam Suseno itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Inul Bakal Rayakan Ulang Tahun Anak Tunggal 3 Hari : “Biar Orang Kampung Gembira”

ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista Meluat Dengan Suami Saat Janji Temu Pertama Kali: “Dia Bawa…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

T20 Sewa Axia, Alza Untuk Balik Raya, Ini Reaksi Netizen

gempak
12/04/2024
00:55 MYT
Menerusi platform X, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat mengenai isu berkenaan.
Terkini

Netizen Cadang Download Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung

gempak
07/04/2024
03:55 MYT
Bagi mengelak diri dan keluarga tersekat atas jalan raya pada jangka masa yang lama, rancang perjalanan anda dengan memuat turun aplikasi daripada PLUS ini.
Terkini

Pelajar-Pelajar UPNM Ini Naik Pesawat TUDM Balik Sabah Sambut Hari Raya

gempak
04/04/2024
01:55 MYT
Menerusi platform TikTok, pelajar-pelajar ini merakam momen-momen istimewa itu untuk dikongsikan dengan wargamaya.
Viral

Pasangan Suami Isteri Ini Dah 5 Tahun Balik Raya Asing-Asing - “Takda Gaduh-Gaduh”

gempak
27/03/2024
07:55 MYT
Seorang lelaki mendedahkan yang sepanjang mendirikan rumah tangga selama lima tahun, mereka sentiasa pulang ke kampung halaman masing-masing secara berasingan.
Hiburan

Inul Bakal Rayakan Ulang Tahun Anak Tunggal 3 Hari : “Biar Orang Kampung Gembira”

gempak
26/03/2024
12:50 MYT
Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista menarik perhatian netizen apabila memaklumkan akan mengadakan pesta ulang tahun anaknya selama tiga hari.