,
Hiburan

Intan Najuwa Shopping Baju Baby, Netizen Pula Yang ‘Bitter’ Kata Membazir Beli Banyak & Mahal - “Masa Single, Staf & Kawan Hamil Semua Saya…”

Asyikin Mayudin
06/10/2024
07:55 MYT
Bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon Datin Intan Najuwa dilihat sedang menikmati keseronokan membeli-belah barangan dan pakaian untuk bayi perempuannya.
Bagaimanapun, perkongsian video Intan di TikTok mendapat pelbagai reaksi netizen yang ada juga antara mereka menasihati pelakon itu agar tidak membazir membeli pakaian bayi memandangkan akan pakai untuk sekejap sahaja.
“Sebenarnya baju baby tak perlu banyak-banyak dan mahal-mahal sangat sebab baby pakai kejap saja. Dulu hubby (suami) selalu pergi overseas, banyak baju girl dia beli tapi kejap saja pakai lepas itu bagi orang,” kata individu itu.
Intan bagaimanapun membalas komen netizen itu dengan mengatakan dia sebelum ini selalu berbelanja pakaian bayi untuk pekerja dan kawan-kawan yang hamil ketika zaman bujang.
Intan meminta semua orang memberi peluang dan ruang untuk dirinya menikmati momen dia berbelanja untuk bayinya pula.
“Bagi la saya merasa baby pertama ni dulu. Masa saya single, pekerja-pekerja saya, kawan-kawan saya pregnant semua saya shopping kan untuk baby diaorang.
“Tak pernah berkira. Now it’s my turn and let me enjoy this moment (sekarang tiba masa giliran saya dan biarkan saya nikmati momen ini),” kongsi Intan.
@intannajuwaaa
in my girl mum era <3♬ Very Demure, Very Mindful - Tambo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Hiburan

Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”

gempak
20/11/2024
08:55 MYT
Menurut Intan, sepanjang dia menceburi bidang lakonan dia tidak pernah dibuli dengan mana-mana pelakon yang lebih senior dan kebanyakan daripada mereka hanya memberi teguran untuk menambah baik kualiti lakonannya.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar