HIBURAN
Intan Najuwa Bawa Anak & Pembantu ‘Staycation’ Di Hotel Selama 7 Hari - “Lahir Dalam Dulang Emas Luna Cuma Perlu Menangis, Tidur”
Perkongsian video terbaharu di TikTok pelakon Datin Intan Najuwa yang memperlihatkan dia membawa anaknya, Imane Lunara bersama pembantu-pembantunya bercuti di sebuah hotel menarik perhatian netizen.
Staycation di hotel
Menerusi perkongsian itu, Intan memberitahu mereka akan bercuti di hotel tersebut selama tujuh hari.
“Rumah untuk tujuh hari akan datang. Lunara bawa angels angels nya staycation,” kongsi Intan.
Rata-rata netizen menganggap cahaya mata pertama Intan itu sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewah.
“Lahir dalam dulang emas… Luna cuma perlu menangis dan tidur. Alhamdulillah rezeki untuk mereka. Sihat selalu Luna.
“Baru anak Intan Najuwa kan. Kalau cucu sultan, menteri atau jutawan macam mana ya. Serba serbi mewah bila duit tak ada had. Moga membesar jadi anak yang baik Lunara.
ARTIKEL BERKAITAN: Kafe Milik Intan Najuwa Kehabisan Ais, Pelanggan Sanggup Beli Sendiri, Ini Respons Intan - “Meh Datang Balik, Saya Belanja Air Free…”
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Syukur Suami Sediakan 3 ‘Babysitters’ & Jururawat Khas Untuk Jaga Imane Lunara - “Tiada Lagi Ke Emergency”
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Sebab Kenapa Tak Boleh Tahan Makan Ais Ketika Berpantang - "Saya Degil..."
“Peduli apa orang nak cakap Datin. Kalau saya mampu pun saya buat macam ini untuk anak saya. Kita penat-penat cari duit kalau tak habiskan untuk anak kita, nak habiskan untuk siapa kan.
“Bestnya lahir dalam keluarga yang kaya. Tak perlu nak fikir susah payah cari duit,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, Intan meluahkan rasa syukur apabila suaminya, iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menyediakan tiga orang pembantu yang ditugaskan untuk menjaga anak mereka, Imane Lunara.
Tidak cukup dengan tiga pembantu, suami kepada aktres berusia 27 tahun itu turut menyediakan jururawat khas untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan baik.
@intannajuwaaa home for the next 7 days 💓 Lunara bawak angels angels nya staycation 😂♬ Sofia The First Theme Song - 𝐧𝐢𝐜𝐤𝐝𝐢𝐬𝐧𝐞𝐲
Must-Watch Video