,
Laman Utama

Inspektor Sheila Cari Yang Cergas & Fit, Nama Tengku Zafrul Terkait – “Maaf Saya Dah Berpunya”

Syafiqah Jalal
07/07/2023
12:36 MYT
Kisah Inspektor Sheila semakin mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi mengenai dirinya kini sedang mencari bakal suami.
Dalam satu kenyataan kepada media, Sheila memberitahu dia mahu mencari bakal suami yang cergas, sihat dan tidak berbadan gemuk.
Namun tiba-tiba Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula dikaitkan.
Seorang pengguna laman sosial di Twitter menciap mengenai pencarian bakal suami Shiela dengan membuat pautan (tag) pula akaun Twitter Tengku Zafrul.
"Tolong tag kawan anda yang kaki jogging, kaki kayuh basikal, kaki marathon dan juga kaki gym," ciap seorang individu.
Individu itu membuat pautan kepada akaun Twitter Tengku Zafrul memandangkan beliau sering berkongsi tentang aktiviti kecergasan menerusi media sosial.
Mengejutkan kerana Tengku Zafrul dengan santai turut memberi respons ringkas mengenai hal itu. "Minta maaf, saya dah berpunya," jawab Tengku Zafrul ringkas pada Khamis.
Terdahulu, usahawan dan pempengaruh, Iqbal turut terpalit gossip dengan Inspektor Shilea selepas memberitahu hasratnya hendak berkenalan dengan wanita itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

gempak
26/08/2024
12:07 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali akhirnya tampil berkongsi wajah puterinya di platform Instagram.