HIBURAN
Initial Jawi 'Nun' & 'Ha' Sulam Di Veil Viral, Siapa Pelakon & Penyampai Radio Bakal Nikah Tak Lama Lagi?
Netizen terus tampil berteka-teki apabila foto sistem digital sulaman inital jawi Nun dan Ha tersebar di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuatnaik pereka fesyen Halim Asmuni, pihaknya memberikan gambaran ringkas individu berkenaan merupakan seorang pelakon dan penyampai radio.
"Initial jawi, yang akan di sulam di veil. Bride HA kali ni, seorang pelakon & penyampai radio," tulisnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya siapakah gerangan individu yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Antara nama yang dipetik ialah Hawa Rizwana dan pelakon Neera Azizi.
Must-Watch Video