,
Hiburan

“Inilah Yang Membuatkan Kami Sayang Negara Ini” - Black Eyed Peas Kenang Jasa Malaysia Bantu Tsunami Aceh 2004

Azwa Rahman
09/12/2019
10:14 MYT
Kumpulan muzik terkenal Amerika Syarikat Black Eyed Peas (BEP) melahirkan rasa cinta mereka pada negara Malaysia dengan cara yang cukup menyentuh hati.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sepotong video menunjukkan ucapan penghargaan kumpulan yang popular menerusi lagu My Humps, Pump It, Shut Up dan banyak lagi pada Malaysia. “Pada tahun 2004, ada bencana alam yang melanda Banda Aceh, Indonesia. Tsunami itu telah melenyapkan banyak nyawa. Pada Mac 2005, saya terbang ke Malaysia kerana pada waktu itu Malaysia sedang giat mengadakan bantuan bencana untuk disalurkan kepada Indoensia.
“Ketika itu saya melihat Malaysia, sebuah negara yang menjaga kebajikan negara jiran yang ditimpa musibah, inilah antara pengalaman indah yang dapat dirasakan apabila berada di sini ketika itu,” kata salah seorang anggota BEP, Will.I.Am.
Difahamkan kedatangan mereka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu adalah bersempena majlis makan malam tahunan syarikat tambang murah terbaik dunia, AirAsia.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit tu, dia turut terkesan dengan kejadian itu sehingga mendedikasikan lagu Where is the Love? kepada rakyat Malaysia.
“Itulah momen yang saya rasakan amat menyentuh hati, membuka fikiran dan saya ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana membantu mereka yang memerlukan.
“Walaupun kejadian itu berlaku pada tahun 2005, perkara itu sangat indah dan membuat saya sedar, begitu besarnya rasa cinta yang dimiliki oleh negara ini,” ujarnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak di laman sosial Twitter, rata-rata warganet turut tersentuh dengan ucapan ketua kumpulan BEP itu dan berharap BEP dapat membuat persembahan secara terbuka di Malaysia.
Video itu sehingga kini telah menerima hampir 170,000 tontonan dan 13,000 ulang kicau daripada warganet.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Unitar