,
Berita

“Inilah Hero Sebenar” - Sarung PPE Harungi Laluan Kayu Usang, Kecekalan Frontliner Ini Undang Sebak!

Hanafis Haris
27/10/2020
18:27 MYT
Buat mereka yang pernah ke Sabah terutama menyusuri kawasan pedalaman pastinya sedar kebanyakan infrastruktur perumahan di sana tidak begitu baik.
Ada yang kayunya sudah hampir reput dan tidak kurang juga jambatan yang telah terlalu usang khususnya di perkampungan atas air.
Hakitkatnya, itulah antara cabaran frontliner yang sedang berjuang di Sabah ketika ini.
Video memaparkan petugas mengharungi laluan jambatan yang telah ‘uzur’ menjadi viral di media sosial sejak malam tadi.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Hazri.
“Sekalung penghargaan dan rasa hormat terhadap frontliner atas pengorbanan dan komitmen.
“Semoga Tuhan merahmati usaha kita semua,” katanya.
Rata-rata netizen dilihat tersentuh dengan kecekalan para frontliner yang masih berani biarpun laluan tersebut agak bahaya.
Malah, keadaan frontliner yang menyarung pakaian perlindungan diri (PPE) sedikit sebanyak membuatkan ramai warga Twitter sebak.
“Ya Allah berkati mereka yang telah berjuang,” kata seorang netizen.
“Inilah hero sebenar, unsung hero, salute,” kata seorang lagi netizen.
May God Continue to Bless our efforts #kitajagakita#losingisnotanoptions pic.twitter.com/ferFFzjbqz— Hazri (@Sapik_Z) October 27, 2020
Untuk rekod, kes COVID-19 di Malaysia semalam mencatatkan 835 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pandemik itu sebanyak 28,640.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima kes import manakala selebihnya merupakan penularan dalam tempatan.
Negeri Sabah, kata beliau, menyaksikan perkembangan positif apabila terdapat penurunan kes sebanyak 517 kes (55.8 peratus).
BACA: COVID-19: Kes Positif Menurun! 835 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Adira Salahudi Dedah Individu Dengki & Perangai Toksik - “Jangan Cabar Orang Yang Bersabar, Datang Depan Aku Kalau Kau Ada Masalah”

gempak
30/07/2024
21:55 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Adira Salahudi meluahkan rasa terkilan dengan individu yang menyimpan hasrat dengki terhadap diri dan keluarganya.
Hiburan

Ruhainies Kongsi Tips Kekal Sabar & Tenang - "Allah Kurniakan Saya Dengan Rezeki Banyak, Disayangi Ramai"

gempak
09/07/2024
01:58 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies terus dihenyak warganet selepas tular kisah kontroversinya membabitkan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan bekas isteri, Bella Astillah.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.