,
Hiburan

Ini Yang Zayn Malik Buat Untuk Cari Jodoh Lepas Putus Dengan Gigi Hadid

Umirah Halim
17/05/2024
16:00 MYT
Penyanyi, Zayn Malik mengakui pernah menggunakan aplikasi cari jodoh, Tinder bagi mencari kekasih.

Susah cari pengganti Gigi Hadid

Menerusi temubuat bersama majalah Nylon, Zayn,31, mendedahkan perkara itu dilakukan kerana dia sukar untuk mencari pengganti setelah berpisah demgan model, Gigi Hadid pada 2021.

Ramai tuduh akaun palsu

Bagaimanapun, kehadirannya di aplikasi itu tidak mendapat sambutan yang baik kerana ramai menuduh dia sebagai penipu dan menyamar disebalik identiti ‘Zayn Malik’.

“Saya pernah guna aplikasi mencari jodoh tapi semua orang tuduh saya menipu. Mereka dakwa saya menipu apabila memberitahu saya adalah Zayn Malik.

"Bukan itu sahaja, akaun saya juga disekat sebanyak dua kali gara-gara perkara berkenaan," katanya menerusi temu bual tersebut.
Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan pengakuan seorang wanita yang dipercayai pernah berkenalan dengan Zayn Malik melalui akaun Tinder dan menjalin hubungan selama 9 bulan.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa bekas anggota One Direction itu pernah mengajaknya melakukan seks bertiga sebanyak 40 kali.
Untuk rekod, Zayn dan Gigi pernah menjalinkan hubungan sejak 2015 namun dilaporkan berpisah pada 2021.
Hasil hubungannya bersama model itu, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Khai yang berusia 4 tahun.
Sumber: Nylon

Berita Trending: Kenal Di Tinder, Wanita Dakwa Zayn Malik 40 Kali Ajak Lakukan S*ks Bertiga?

Berita Trending: Tidak Digugurkan, Kontrak Bella Hadid Dengan Dior Tamat Mac Tahun Lalu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.