,
Laman Utama

"Ini Untuk Malaysia!" - Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Sebaris Cristiano Ronaldo & David Beckham

Syafiqah Jalal
04/03/2023
04:39 MYT
Bekas jaguh badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei terharu apabila patung lilin yang dicipta khas menyerupai dirinya bakal berlepas ke Madame Tussauds Hong Kong untuk paparan kekal mulai 18 Mac ini.
Sebagai atlet Malaysia pertama yang menghiasi Muzium Madame Tussauds, Lee Chong Wei berasa sangat teruja dan menganggap ia satu penghargaan yang besar buat dirinya.
“Saya sangat teruja melihat ‘kembar’ saya berdiri di Madame Tussauds Hong Kong, dan amat berbesar hati untuk berdiri sebaris dengan jaguh-jaguh sukan legenda yang lain.
"Pasukan Madame Tussauds telah meluangkan banyak masa dan usaha untuk menghasilkan patung lilin itu, jadi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka atas pengiktirafan terhadap kerjaya badminton saya,” katanya kepada media.
Lee Chong Wei ditemui ketika majlis mempersembahkan patunh lilin figura itu di JW Marriot, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Patung lilin Lee Chong Wei akan dipaparkan di zon ‘The Champions’, sekali gus meletakkannya sebaris dengan ikon-ikon sukan lain seperti bintang bola sepak tersohor Cristiano Ronaldo dan David Beckham, serta peninju ikonik Manny Pacquiao, yang juga merupakan tambahan terbaru kepada zon tersebut.
Gaya dipilihnya untuk patung lilin itu dinamakan gaya “Bersedia untuk melawan!”, iaitu aksi yang telah ditonjolkan oleh beliau di beribu-ribu gelanggang badminton di seluruh dunia sebelum memulakan perlawanan.
Kata Lee Chong Wei dia terharu kerana dapat membawa nama Malaysia meskipun tidak lagi menjadi pemain badminton secara profesional.
“Ini untuk Malaysia! Walaupun saya telah bersara daripada badminton profesional, ia tetap merupakan bahagian yang penting dalam hidup saya.
"Patung lilin ini membawa banyak kenangan indah untuk saya. Ia merupakan satu penghormatan tinggi buat kerjaya saya, yang telah saya dedikasikan sepanjang hidup dan menjadikan saya apa adanya sekarang," ujarnya.
Sebelum patung lilin itu dibawa ke Hong Kong, Madame Tussauds telah mengadakan satu pameran khas di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, bersama watak utama itu sendiri, Lee Chong Wei.
Pengurus Besar Madame Tussauds, Cawangan Hong Kong, Eric Mak turut berkongsi keterujaannya apabila menampilkan atlet berkenaan.
"Antara tonggak pencapaian kami adalah menempatkan patung lilin Lee Chong Wei di sini. Ia merupakan satu tambahan penting kepada zon ‘The Champions’ yang akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian mereka tidak kira apa jua rintangan yang diharungi.
"Lee Chong Wei telah membuktikan kejayaan adalah hasil kecekalan dan kesungguhan, dan kami mahu mengabadikan semangat beliau,” katanya.
Bagi meraikan detik bersejarah ini, Lee Chong Wei menyumbangkan jersi Yonexnya daripada persembahan terakhirnya di Olimpik Rio 2016.
Patung lilin itu ‘memakai’ jersi Edisi Terhad Olimpik Rio beliau untuk memperingati penyertaannya dalam Sukan Olimpik Rio, serta kasut SHB-01 LTD LCW dan raket badminton Yonex Duora 10 LCW.
Lee Chong Wei memegang rekod sebagai pemain badminton No.1 di dunia selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama 199 minggu berturut-turut.
Selain meraih 69 gelaran siri super, beliau turut dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Tokyo 2021. Beliau juga merupakan atlet Olimpik yang paling berjaya di Malaysia dengan memegang tiga pingat perak.
Peminat yang ingin menyaksikan patung lilin Lee Chong Wei boleh melayari laman web rasmi Madame Tussauds Hong Kong di https://www.madametussauds.com/hong-kong/en/ untuk membeli tiket tarikan pelancongan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Sukan

Cheah Liek Hou Rancang Guna Insentif RM1 Juta Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik - "Tiga Tahun Lepas Saya Sudah ..."

gempak
12/09/2024
09:50 MYT
Atlet berusia 36 tahun berkata selain mahu membantu mereka yang memerlukan beliau juga akan menyumbang sebahagian daripada hadiah kemenangan itu untuk membantu bekas atlet yang kurang bernasib baik.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.