,
Laman Utama

Ini Sebab Kenapa Elizabeth Tan Dah Lama Tak Menyanyi - “Saya Kerap Mengalami…”

Izwan Isa
30/11/2023
04:55 MYT

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan bakal kembali aktif menyanyi selepas ‘lama berehat’ susulan masalah anxiety yang dialami sebelum ini.

Elizabeth berkata, masalah tersebut agak serius memandangkan dia perlu mengambil ubat-ubatan akibat masalah kurang keyakinan yang dialaminya.

BERITA TRENDING: "Elizabeth Tan Dedah Alami Tompokan Botak Di Kepala- "Saya..."

“Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya hanya fokus pada karier lakonan. Hal ini kerana, saya kerap mengalami anxiety ketika membuat persembahan di pentas.

“Saya berasa tertekan sebab saya perlu menyanyi dengan baik, tak boleh sumbang langsung… tapi saya tetap gagal dan ini membuatkan saya kecewa.
“Sebelum ini, saya ada jumpa pakar psikiatri untuk masalah itu sebab ia sangat teruk. Saya memang tak pernah ambil show sejak beberapa tahun lepas. Justeru, lepas berehat, saya akan kembali menyanyi untuk menghiburkan peminat,” katanya kepada Gempak.
Elizabeth berkata demikian ketika ditemui pada sidang media siri W: Two Worlds di ibu kota pada Selasa.
Tambah penyanyi lagu Semua Sudah itu, banyak yang dipelajari sepanjang tempoh berkenaan dan berharap dia boleh kembali berseronok menyanyi menghiburkan peminat.
“Saya rasa saya banyak letak tekanan pada diri sendiri jadi saya perlu relaks dan jangan terlalu serius pada diri sendiri.
“Saya nak menyanyi sebab nak kembali berhubung dengan peminat dan menyanyi adalah platform yang bagus untuk saya berjumpa ramai orang. Saya hanya mahu berseronok di atas pentas,” katanya.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Secara Tak Sengaja

Selain Elizabeth, drama bersiri W: Two Worlds yang diarahkan Datuk Yusry Abdul Halim ini turut dibintangi oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein dan Mierul Aiman.

W: Two Worlds boleh distrim menerusi aplikasi Viu di Astro Ultra dan Ulti Box mulai 30 November ini, dengan dua episod diterbitkan pada setiap Khamis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Sheriff: Syafiq Yusof Dedah Sisi Lain Zul Ariffin - “Aku Tak Jangka, Dia Buat…”

gempak
22/05/2024
08:55 MYT
Filem Sheriff: Narko Intergriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Filem

#Sheriff: Terus Lakar Kejayaan, Raih RM16.3 Juta Untuk Lima Hari Tayangan! Datuk Yusof Haslam Terharu Dengan Sambutan

gempak
22/04/2024
06:00 MYT
Datuk Yusof Haslam terharu sambutan Sheriff.