,
Laman Utama

"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022

Awani
01/07/2022
12:30 MYT
Selebriti Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kejayaan untuk semua, khususnya buat Ampang dan parti
Ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berkata, sebagai sebuah parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa tidak kira menang atau kalah.
Jelas beliau, paling penting adalah untuk menterjemahkan mandat yang diberikan oleh akar umbi dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan di peringkat Cabang Ampang dan parti.
"Saya rasa kalau kita katakan ini kemenangan bagi saya, tidak. Ini adalah kemenangan bagi Ampang dan parti dan rakan-rakan bersama saya dan parti lain.
"Bagi saya bila orang cakap tahniah-tahniah, saya cakap ini tahniah untuk semua bukan untuk saya (sahaja) sebab di dalam cabang itu bukan sahaja saya, ada jawatan-jawatan lain seperti timbalan, naib, AJK dan semuanya, yang juga berjaya.
"Jadi ini merupakan satu pasukan tetapi mungkin kerana orang kenal saya disebabkan kerjaya saya sebelum ini, tumpuan di Ampang itu jadi kepada Altimet dan saya," katanya.
Pada pemilihan semula peringkat Cabang Ampang pada Rabu lalu, Hans berjaya memperolehi 748 undi, menewaskan lima pencabar termasuk seorang lagi selebriti, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, dengan perbezaan dua undi apabila menyaksikan penyanyi rap itu meraih 746 undi.
Bagaimanapun, keputusan rasmi Pemilihan PKR 2022 akan diumumkan pada Kongres PKR yang dijadual pada 16 dan 17 Julai depan.
Mengulas lanjut, Hans yang menyertai PKR pada 2020 berkata 'popularitinya' tidak menjadi ukuran akar umbi, sebaliknya, sejauh mana beliau mampu berjuang dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Pelakon filem Baik Punya Cilok itu turut menyifatkan situasi politik di negara ini sebagai unik kerana mengalu-alukan penyertaan individu daripada pelbagai latar belakang.
"Jadi ini bukti di Malaysia atau parti parti saya (PKR) di mana kami memilih Ketua-Ketua cabang atau mana-mana jawatan daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Ini sangat unik saya rasa dan kalau saya tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, kita perlu undur diri," kata Hans lagi.
Dalam pada itu, Hans menambah, usaha mendekati rakyat tidak hanya dilakukan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semata-mata, sebaliknya, tindakan itu telah diteruskan meskipun selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.
Pun begitu, beliau mengakui, usaha perlu dipergiatkan termasuk menggabungkan semua akar umbi dan jentera di peringkat cabang dalam membantu parti berdepan PRU15 akan datang.
Sementara itu, ditanya mengenai usaha menarik golongan muda pula, Hans berkata trend politik Malaysia yang dianggap masih cara lama perlu ditukar kepada yang lebih segar.
"Saya faham kehendak dan fikiran anak-anak muda atau sahabat muda kita dan saya menghormati 'senior-senior' dan mentor kami atau orang-orang yang berjuang untuk negara, parti atau kawasan. Ini kerana semua orang ada kisahnya.
"Kita perlu belajar (ambil contoh) perkara baik dan buang yang buruk. Mungkin anak-anak muda akan menilai semula, ini sesuatu yang segar daripada saya dan ini politik segar. Ini kerana kita perlu akui bahawa politik di Malaysia masih cara lama dan kita harus tukar," tegas aktor popular itu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar