Laman Utama
“Ini Hanya Berdasarkan Ramalan Saya” - Caprice Pilih Hishammuddin Hussein Sebagai PM Malaysia Yang Baru
Penyanyi rap Caprice menyatakan sokongannya kepada Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai ahli politik yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi laman sosial Instagram, Caprice lantang menyuarakan sokongannya itu untuk tatapan umum.
Menurut pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini, 33, selain Hishammudin, dia turut menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon terbalik untuk menggalas tanggungjawab itu.
“Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, its not about apa yang kita pilih. Ini hanya berdasarkan ramalan saya. Based on the world agenda, yang paling sesuai for the world agenda adalah Datuk Seri Hishammuddin atau Anwar Ibrahim.
“Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ni, dan kalau kita lihat akaun media sosial Datuk Seri Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri.
“Jadi berdasarkan siapa dia jumpa, berdasarkan world agenda, berdasarkan akaun media sosial, dua tokoh itu memenuhi kriteria world agenda. Tapi kalau kita nak keluar daripada world agenda, siapa lagi senior yang boleh lead Malaysia, someone like Ku Li atau Anwar Ibrahim dan juga Datuk Seri Hishammuddin,” kata Caprice di ruangan IG stories miliknya.
Semalam media memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof, mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Isnin.
Caprice yang kini berada di Mesir meneruskan perjuangannya ke Palestin secara solo selepas pasukannya sudah pulang ke Malaysia
Pelantun lagu Xde Hal Bro itu berangkat ke Mesir pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.
Must-Watch Video