,
Hiburan

“Ini Gambar Anak-Anak Saya Siapkan Sendiri Untuk Menghadiri Perkahwinan Daddy Mereka” – Bekas Isteri Eizlan Yusof Bidas Netizen ‘Busybody’

Fiza Kamarudin
13/12/2019
09:47 MYT
Bekas isteri kepada Datuk Seri Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan, membidas netizen yang terlalu menyibuk tentang kehidupan orang lain.
Luahan tersebut dibuat Vie menerusi sebuah posting yang memaparkan tiga orang anaknya Vie Zara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6, pada petang Jumaat.
Di ruangan kapsyen, Vie yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dia sering dihujani soalan tidak masuk akal oleh netizen sejak akhir-akhir ini.
Dia juga berasa kesal kerana netizen bertindak menjadi orang tengah dalam menilai hidup orang lain sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
Vie berkata, tujuan dia memuat naik foto anak-anaknya adalah untuk memberitahu mereka bersiap dari rumah sebelum menghadiri majlis perkahwinan Eizlan.
Malah, dia sendiri yang menata rias dan menyiapkan anak-anak mereka.
“Sejak beberapa hari ni saya dihujani pelbagai pertanyaan dan soalan-soalan yang tak masuk akal daripada netizen.
“Tak pasal-pasal mereka nak jadi orang tengah dalam menilai hidup orang lain sedangkan mereka tak tau pun apa yang sebenarnya berlaku.
“Ini adalah gambar anak-anak yang saya siapkan sendiri dari rumah saya untuk menghadiri majlis perkawinan 'Daddynya' yang berlangsung sejak dari dua hari lepas.
“Relakslah netizen! Jangan terlalu ‘busybody’ dengan hidup orang lain, terutamanya jika tiada kena mengena langsung dengan hidup anda,” tulisnya.
Vie turut memberi peringatan kepada netizen supaya tidak menjadikan masalah rumah tangga orang lain sebagai topik perbincangan.
“Ingatlah masalah rumah tangga atau keluarga orang bukanlah satu topik untuk perbincangan umum!
“Apa yang berlalu biarlah berlalu…Selama saya besarkan mereka bertiga selama ini pun, saya tidak pernah minta simpati masyarakat atau netizen untuk raih publisiti murahan.
“Saya menjadi ibu yang bertanggungjawab tanpa pertolongan sesiapa kecuali Allah SWT. Jadi, jagalah tepi kain sendiri, susah nanti korang nak cari saya di padang Masyar untuk minta maaf!,” katanya.
Dalam pada itu Vie turut memberi ucapan selamat pengantin baru buat bekas suami dan isteri.
Buat @eizlanyusof dan isteri, semoga dengan kemurahan dan kasih sayang Allah SWT sentiasa melimpahkan kepada kalian dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan, Insha-Allah ,” tulisnya.

Sejak beberapa hari ni saya dihujani pelbagai pertanyaan dan soalan-soalan yang tak masuk akal oleh 'netizen' ??? Tak pasal-pasal mereka nak jadi orang tengah dalam menilai hidup orang lain sedangkan mereka tak tau pun apa yang sebenarnya berlaku ? . Ini adalah gambar anak-anak yang saya siapkan sendiri dari rumah saya untuk menghadiri majlis perkawinan 'Daddynya' yang berlangsung sejak dari dua hari lepas.. Relaxlah Netizen ! jangan terlalu 'BUSY BODY' tentang hidup orang lain.. terutamanya jika sesuatu yang langsung tiada kena mengena dengan hidup anda.. Ingatlah masalah rumah tangga atau keluarga orang bukanlah satu topik untuk perbincangan umum ! Apa yang berlalu biarlah berlalu.. Selama saya besarkan mereka bertiga selama ini pun, saya tidak pernah minta simpati masyarakat atau netizen untuk raih PUBLICITY MURAHAN.. I became a fully responsible mother without any help from anyone, accept from Allah SWT.. So please do your business within the limitation, susah nanti korang nak cari saya di padang Masyar untuk minta maaf ! . Buat @eizlanyusof dan isteri 'Barakallahu lakuma Wa jama’a baina kuma fii khair'.. Semoga dengan kemurahan dan kasih sayang Allah SWT sentiasa melimpahkan kepada kalian dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan, inshaa Allah ? #TakMatiDekKeji #TakMuliaDekPuji

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan) on

Perkongsian Vie turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan selebriti seperti Vanida Imran, Daphne Iking, termasuk bekas suaminya Eizlan.
"Terima kasih 'Mummy' kepada anak-anakku Vie Shantie Khan atas ucapan dan saya sangat menghargainya.
"Terima kasih juga kerana siapkan anak-anak untuk majlis saya. Kepada netizen, jagalah kata-kata kita dan jangan sampai melukakan hati dan perasaan org lain.
"Apa juga yang dah berlaku antara kami, tidak ada kena mengena dengan org luar, biarlah kami dengan cara hidup kami dan TIDAK ada isu antara saya dan VIE. Terima Kasih kerana memahami," tulisnya.
[[BACA: Eizlan Yusof Tamatkan Zaman Duda, Akhirnya Tunjuk Wajah Isteri]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.