,
Berita

"Ini Bukan Pasta" - Hos BBC Food Tapis & Bilas Nasi Pakai Air Paip Sebelum Digoreng Dikritik

ZULHILMI JALIL
26/07/2020
01:40 MYT
Menu nasi goreng memang cukup sinonim dalam kalangan orang Asia.
Sama ada dijadikan menu hidangan pada waktu sarapan pagi, tengah hari mahupun makan malam.
Begitupun, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan nasi goreng
Kelazimannya, nak masak nasi goreng, tekstur nasi yang digunakan itu mestilah kering dan sudah sejuk.
Namun, baru-baru ini, tular sebuah video cara penyediaan memasak nasi goreng yang ditunjukkan oleh program BBC Food.
Video tersebut mendapat perhatian apabila seorang YouTuber, Nigel Ng mengkritik cara hos, Hersha Patel itu menyediakan nasi seperti memasak pasta.
Program BBC Food yang diterbitkan pada April 2019 itu menunjukkan cara-cara mengikut step yang 'betul' dalam menyediakan nasi untuk digunakan sebagai bahan utama penyediaan nasi goreng.
Beras tidak dibasuh, terus dimasak. Kemudian menapis keluar lebihan air pada nasi yang dimasak dan membilas semula menggunakan air paip.
"Step pertama sahaja sudah salah. Saya tak yakin dengan video masakan ini.
"Kejap, jadi anda tidak basuh beras? Macam mana anda boleh tidak basuh beras terlebih dulu sebelum masak?
"Di mana anda belajar cara masak nasi..sekolah memasak orang putih ke?," katanya dalam satu video reaksi yang dimuat naik dalam saluran YouTube miliknya.
Video tersebut yang memaparkan gelagat lucu Nigel yang mengkritik sepanjang program masakan itu mengundang rasa lucu.
Bahkan, video aksinya itu yang dikongsikan oleh seorang pengguna Jenny Yang menerusi satu ciapan di Twitter telah ditonton lebih 9 juta kali dan lebih 107,000 kali ulang kicau.
Rata-rata terhibur dengan cara Nigel memberikan reaksi terkejut dengan apa yang diajar oleh hos BBC Food.
"Kenapa anda bilas dengan air nasi itu? Anda merosakkan nasi itu. Anda sudah tapis nasi itu kemudian anda lalukan air semula, jadi mengapa anda buang lebihan air tadi?
"Siapa masak nasi begini? Bagaimana wanita ini boleh mengendalikan BBC Food?", keluhnya yang kecewa dengan cara penyediaan nasi tersebut.
Video komentarnya di YouTube itu juga sudah mencecah lebih 3.2 juta tontonan sejak dimuat naik dua minggu lalu.
Nigel yang juga seorang rakyat Malaysia itu merupakan seorang pelawak stand-up komedi yang menetap di London.
Nigel yang lebih dikenali dengan watak 'Uncle Roger' itu mempunyai lebih 198,000 pengikut di YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Isu Resipi ‘Nasi Goreng Nabila Huda’, Tuan Empunya Video Masak Beri Kenyataan - “Saya Sepatutnya Marah & Keluarkan Statement Selepas…”

gempak
17/10/2022
07:20 MYT
Tuan empunya video sudah bersuara
Laman Utama

‘Berita’ Manchester United Digelar Sampah Terpapar, Stesen Televisyen Mohon Maaf

gempak
25/05/2022
00:45 MYT
Stesen televisyen antarabangsa, BBC, memohon maaf selepas tajuk berita kecil yang mungkin menimbulkan kemarahan penonton dipaparkan sewaktu laporan terkini mengenai sebuah pertandingan tenis berlangsung.
Laman Utama

Nadiyah Shahab Mengaku Tak Pandai Masak Nasi Goreng, Netizen 'Sporting' Kongsi Resepi Dari Khairul Aming

gempak
16/07/2021
03:50 MYT
Saya menginginkan sesuatu yang saya tidak tahu untuk memasaknya.
Nusantara

Teringin Tahu Apa Rasanya, Ashanty Makan Nasi Goreng Berharga RM300 Sepinggan!

gempak
22/10/2020
11:50 MYT
Teringin juga nak rasa
Nusantara

Kasus Pemerkosaan 'Predator Seks' Reynhard Sinaga Difilmkan

gempak
17/07/2020
07:54 MYT