,
Laman Utama

"Ini Bukan Isu Yang Remeh..."- Isu Budak Tadika Kena Buli, Neelofa Gesa Pihak Sekolah Ambil Tindakan

Syafiqah Jalal
23/10/2022
21:46 MYT

Isu tular seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa buli di sebuah pra-sekolah baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai termasuk selebriti popular Neelofa.

Sebagai seorang ibu yang memahami situasi yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak tersebut, Neelofa menggesa pihak sekolah mengambil tindakan segera terhadap kes berkenaan.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, perkara sebegitu tidak seharusnya dipandang remeh terutama oleh pihak sekolah terbabit kerana mampu memberi impak trauma buruk kepada murid itu.
"Ini bukan isu yang remeh, jangan pandang kes buli sebegini normal.
“Trauma kanak-kanak dibuli akan memberi kesan yang sangat lama. Pihak sekolah perlu lakukan sesuatu,” katanya.
Isteri kepada PU Riz atau Haris itu berkongsi pendapatnya dalam satu enyri Instagram(IG) Story miliknya.

Kes buli kanak-kanak usia enam tahun itu mula tular sejak beberapa hari lalu selepas satu hantaran IG milik seorang wanita berstatus ibu kepada seorang kanak-kanak bernama, Ayra mendakwa anaknya dibuli rakannya di sekolah.

Kanak-kanak itu didakwa dibuli sehingga cedera pada bahagian muka dan mengalami trauma untuk ke sekolah yang terletak di Seri Kembangan.
Dalam hantaran tersebut, Ayra telah mengadu beberapa kali dibuli secara fizikal oleh rakan sekolah termasuk menendang bahagian perut dan seluarnya ditarik di hadapan orang lain.
Susulan kes itu, ibunya telah membuat aduan kepada pihak sekolah namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil berhubung kes tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.