,
Laman Utama

Ini Ayat Al-Quran Terakhir Yang Disampaikan Pensyarah USIM Ketika Kuliah Subuh Sebelum Meninggal Dunia

Izwan Isa
31/07/2023
11:50 MYT
Semalam, viral di media sosial apabila Pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Soberi Awang, 59, meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.
Menerusi rakaman yang tular, beliau yang pada ketika itu sedang berucap dilihat menahan sakit sebelum menunduk lalu tidar sedarkan diri.
Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Hasil bedah siasat, beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.
Selain itu, ayat Al-Quran terakhir yang disampaikan oleh beliau pada kuliah subuh berkenaan turut menggamit sayu dalam kalangan netizen. Menerusi hantaran Dr Zulkifli Al-Bakri di platform X, ayat tersebut dipetik daripada surah Ibrahim ayat 48.
Ayat tersebut bermaksud: “…dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadrat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”
Dr Zulkifli juga memberitahu, beliau amat terkejut dengan pemergian Soberi yang digelarkan sebagai sahabat lamanya.
“Dengan bentuk kematian yang berlaku, saya dengan sangkaan baik yang tinggi menganggap ia adalah petanda almarhum meninggal dunia dalam husnul khatimah,” katanya.
BACA: Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Sunat
BACA: Dijemput Ilahi Ketika Solat Tarawih​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"

gempak
05/03/2024
13:54 MYT
Pengarah drama Khunsa, Shahrulezad Mohameddin terharu menerima sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agensi lain antaranya WAFIQ, USIM dan doktor pakar PPUKM.
Laman Utama

Guna Ayat Al-Quran Sebagai Lagu Latar Video, Pengguna TikTok Dari Perancis Dikecam Netizen Malaysia

gempak
26/03/2022
03:50 MYT
Netizen kecam tindakan pengguna TikTok guna ayat suci Al-Quran sebagai lagu background
Laman Utama

Tak Mahir Baca Ayat Al-Quran, Azira Shafinaz Dapat Bantuan Cikgu - "Dia Banyak Beritahu Surah Mana Yang Patut Digunakan ..."

gempak
29/03/2021
09:17 MYT
Untuk lebih yakin menjayakan watak sebagai Ustazah Ana.