,
Laman Utama

Ini Alasan Syafiq Yusof Kenapa Watak Lakonan AC Mizal Masih Ada Dalam Abang Long Fadil 3

Izwan Isa
23/09/2022
07:50 MYT
Sejak mula ditayangkan pada umum 8 September lalu, filem Abang Long Fadil dilihat menyorot perhatian banyak penggemar filem tempatan.
Selain watak utama yang digalas oleh Zizan Razak, watak sampingan lakonan Datuk AC Mizal turut meraih perhatian.
Ketika ditemu bual, AC berkata, wataknya pada kali ini sedikit berbeza dengan watak yang pernah dibawa pada Abang Long Fadil 2.
“Kali ini karakter saya lain berbanding Abang Long Fadil 2. Dia lebih advance - orang kata internationa level. Set penggambarannya turut membantu saya dari segi lakonan. Dan saya banyak bertarung dengan watak yang dilakonkan oleh Elizabeth Tan,” katanya dalam video di sebalik tabir pembikinan Abang Long Fadil 3.
Dalam pada itu, pengarah, Syafiq Yusof berkata: “Kenapa watak Datuk AC ada lagi dalam filem ini sedangkan watak berkenaan telah mati dalam Abang Long Fadil 2? Kalau tengok filem terdahulu, Datuk AC membawakan watak kembar.
“Jadi, dalam Abang Long Fadil 3, Datuk AC membawakan watak kembar ketiga bagi wataknya dalam Abang Long Fadil 2. Dan lawaknya dalam edisi kali ini juga berbeza,” ujar Syafiq.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama dan Datuk AC Mizal, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 telah mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

“Lepas Pukul 6, Semua Balik!” - Mahu Pekerja Balik On Time, Ramai Puji AC Mizal Jadi Boss! Siap Tanya Ada Kerja Kosong Tak

gempak
22/10/2022
06:30 MYT
Datuk AC ni memang boss yang sporting lah.
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM22 Juta, Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

gempak
30/09/2022
10:20 MYT
Tahniah!