,
Laman Utama

“Ingat Mudah Ke Nak Lepas Suami Pergi Kerja Dengan Risiko Tinggi Virus” - Isteri Atu Mohon Jangan Mengata Sedap Mulut

Mya Amri
10/06/2021
02:34 MYT
Isteri kepada pelawak Atu, Shafeeqa Johari menegur sikap sesetengah pihak yang sering memberikan komen keterlaluan terhadap selebriti sehingga mengguris hati keluarga.
Shafeeqa meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Shafeeqa, sebagai seorang isteri tidak mudah baginya untuk melepaskan suami keluar mencari rezeki ketika negara masih lagi berdepan dengan COVID-19 kerana khuatir risiko jangkitan.
“Ingat mudah ke kami sebagai isteri nak lepaskan suami (artis) pergi kerja dengan risiko tinggi COVID-19 di tempat penggambaran?
“Kami pertaruhkan nyawa anak-anak kami demi rezeki? Cukup-cukuplah. Artis ni tak semua income mereka berjuta setahun.
“Laki aku ni dia lebihkan kuantiti bukan kuantiti. Dia seorang yang fokus dengan satu kerja. Jadi aku selalunya tak akan ambil banyak kerja.
“Aku fikirkan risiko dia balik bawa ke rumah. Bila banyak tempat kerja dia pergi, lagi ramai dia jumpa, jangan tamak tapi biar berbaloi dengan kudrat kita, itu selalu Atu pesan.
“Saya selalu tekankan bantuan yang kami mampu berikan adalah kudrat. Kami tak mampu nak berikan duit yang banyak.
“Kami pun mengalami masalah ekonomi. Apa yang artis buat semua tak betul? Semua artis ke kayangan yang dimaksudkan?
“Kami pun tak nak suami balik bawak virus, saya sendiri banyak ambil langkah berjaga-jaga. Taip tu biar elok sikit, kalau tak anak, ntah-ntah cucu yang beria nak jadi artis. Tengok-tengok duk menari kat TikTok nak viralkan diri,” coretnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: "Sebelum Tu Dia Tanya Cukup Tak Komitmen Kita Sekeluarga?" - Isteri Hormat Keputusan Atu Tak Masuk MLS

gempak
22/07/2022
09:38 MYT
Atu ada sebab tersendiri tak masuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga tahun ini.
Laman Utama

“Kami Bukan Orang Kaya Berjuta Duit…” - Isteri Atu Perjelas Lakukan Misi Bantuan Bukan Untuk Populariti

gempak
14/07/2022
06:37 MYT
Suka tengok Atu dan isteri lakukan misi bantuan.
Laman Utama

Isteri Tak Kisah Bantu Cari Nafkah Kalau Atu Tak Kerja - “Perlu Saling Melengkapi, Kesian Suami”

gempak
29/03/2022
02:28 MYT
Paling penting untuk saling bantu membantu kan.
gaya hidup

”Dia Bukan Orang Senang, Tapi Dia Berusaha Untuk Kehidupan.” Shafeeqa Kongsi Sifat Atu Yang Ramai Tak Tahu.

gempak
21/10/2021
06:52 MYT
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia…” Kagum dengan suami, banyak yang dia pelajari walau suami jauh lebih muda daripadanya.
Maharaja Lawak Mega 2021

“Tak Pernah Dia Teringin Kereta Mewah, Baju Branded” - Isteri Dedah Sikap Atu, Rajin Dan Humble Patutlah Sentiasa Murah Rezeki

gempak
21/10/2021
02:45 MYT
Patutlah ramai yang minat Atu, perangai memang tak berubah.