HIBURAN
Influencer Menginap Di Resort Shebara Island, Netizen Terkejut Tengok Harga Satu Malam - “Kak Awak Orang Asia Pertama Melawat Sini”
Sepotong video memaparkan pempengaruh yang dikenali sebagai Eynanan bercuti di Arab Saudi berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi beberapa video yang dikongsi di akaun TikToknya, Eyna berkongsi video dia dan keluarganya sedang menari di hadapan resort bertaraf lima bintang, Shebara Resort yang terletak di Umm Lajj, Arab Saudi.
“Menjalani kehidupan impian saya di planet lain,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.@eynanan on another planet 🛸♬ original sound - Eynanan
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat pemandangan di sekitar kawasan resort tersebut yang dikatakan seperti berada di planet lain.
Malah, ada juga yang terkejut apabila mendapat tahu harga bilik penginapan tersebut untuk satu malam.
“Harga Shebara Island satu malam RM11,000.
“Kak awak adalah orang asia pertama yang melawat Shebara Island.
“Nak simpan duit 500ringgit sebulan je susah ni satu malam 11k,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan di platfrom TikTok.
Must-Watch Video