,
Terkini

Influencer Dakwa Dirinya Pejuang, Tak Menangis Ketika Dilahirkan! - "Aku Lahir Untuk Takluk 7 Benua"

Gempak
21/01/2024
08:55 MYT
Seorang pempengaruh TikTok baru-baru ini dikritik selepas menceritakan bagaimana dirinya lahir sebagai seorang pejuang yang sangat tabah (stoic) dan mahu menakluk dunia.
Menerusi hantaran itu, pempengaruh tersebut mendakwa bahawa dirinya tidak menangis semasa dilahirkan kerana berada di dalam keadaan stoicism.
“Aku lahir dengan stoicism, aku lahir aku tak menangis, aku lahir dengan stoic!
“Aku lahir dengan darah sebagai simbol perjuangan untuk takluk kehidupan, untuk takluk tujuh buah benua,” ujarnya.

BERITA TRENDING: "Takkan Lah Bodoh Sangat Aku Nak Patahkan Kunci!” - Pelanggan Carwash Dakwa Pekerja Tak Mahu…

Perkara itu meraih perhatian seorang Ahli Majlis Perubatan Malaysia di Platform X yang menyifatkan kenyataan dikeluarkan oleh pempengaruh itu mengarut dan tidak masuk akal.
“Dalam perubatan, keadaan fizikal bayi baru lahir kita akan guna APGAR score. Kalau lahir tidak menangis tu tak bagus ya, ada kemungkinan besar untuk buat resusitasi.
“Mengarut sangat kau ni! Stoic lah, perjuangan lah,” balas individu berkenaan.
Lahir dengan keadaan berdarah tu biasalah, you are not special
Mengarut sangat kau ni. Stoic lah, perjuangan lah. https://t.co/sjycYn9GvL— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 20, 2024Dalam pada itu, individu tersebut dalam hantaran lain turut mengesyorkan pempengaruh berkenaan supaya menjalankan pemeriksaan kesihatan mental demi mengesahkan sama ada kata-katanya yang selama ini dilontarkan hanya sebarang konten ataupun berkaitan masalah kesihatan.
Setakat artikel ini ditulis, entri itu mendapat hampir 7,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan di Platform X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.