,
Laman Utama

Indonesia Dakwa Lagu 'Hello Kuala Lumpur' Ciplak 'Halo, Halo Bandung', Siapa Penciptanya?

Maliah Surip
13/09/2023
05:50 MYT
Gara-gara sebuah lagu, segelintir rakyat Indonesia kini berasa kurang berpuas hati dengan Malaysia.
Hal ini kerana sebuah lagu kanak-kanak dengan judul Helo Kuala Lumpur yang ditayangkan di saluran Lagu Kanak TV YouTube didakwa diciplak daripada karya Indonesia bertajuk Halo Halo Bandung.
Dan sejak beberapa hari, rasa berang serta berpuas hati tersebut diluahkan di pelbagai platform media sosial.
Selain memiliki melodi sama, media Indonesia juga mendakwa Helo Kuala Lumpur yang mempunyai visual antaranya berlatar belakangkan KLCC hanya menukar beberapa perkataan lain daripada lirik asal Halo, Halo Bandung.
“Lagu ‘Hello Kuala Lumpur’ hampir sama dengan lagu yang berasal dari Indonesia iaitu ‘Halo, Halo Bandung,’ menurut CNBC Indonesia yang membandingkan beberapa lirik dalam dua video lagu itu.
“CNN Indonesia pula melaporkan, lagu 'Helo Kuala Lumpur' hanya menukar beberapa perkataan lain daripada lirik asal 'Halo, Halo Bandung' hasil karya seniman maestro Betawi, Ismail Marzuki,” lapor BERNAMA.
Saluran Lagu Kanak TV yang didakwa berasal dari Malaysia memuat naik video lagu itu pada 2018 dan sekali lagi pada 2020 di saluran sama.
Ironi menerusi semakan yang dilakukan AWANI, mendapati bahawa saluran YouTube berkenaan dimiliki sebuah syarikat yang beralamat di Hyderabad, Telangana, India.
Syarikat jaringan kandungan global, Infinitium Network, itu menghasilkan pelbagai kandungan siaran termasuk kandungan YouTube yang antaranya menghimpunkan pelbagai lagu kanak-kanak dari beberapa negara.
Selain lagu kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia, syarikat itu juga turut mempunyai koleksi lagu kanak-kanak dari negara seperti Rusia, Filipina, Jepun, Sepanyol, Arab, Romania dan banyak lagi.
Setiap koleksi lagu tersebut juga dikategorikan mengikut negara dan bahasa , serta diterbitkan dalam saluran berasingan di platform YouTube.
Berdasarkan pemerhatian, kandungan berkenaan dipercayai dihasilkan menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI).
Sementara itu, menjawab dakwaan pelanggaran hak cipta dalam lagu yang tersebar di YouTube itu sejak 2018, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono berkata pihaknya masih mengumpul bukti berhubung plagiarisme itu.
"Kami masih mengumpul maklumat yang lebih lengkap," katanya seperti dipetik Tribunnews.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar