gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Gadis 12 Tahun Tiada Kawan Kerana Bantu Ibu Kutip Sampah
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Persaingan Akan Lebih Sengit, Firdaus Rahmat Titip Pesanan Buat Peserta - “Ego Dengan Ego Dia Tak…”
HIBURAN
Konsert Ada Apa Dengan Melly… Prom Nite Bakal Bawa Rangga? Nicholas Saputra Komen - “Wait For The Surprise”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Individu Persoal Letak Nama Jepun Isteri Di Batu Nisan, Ridzuan Ridzokumura Mohon Maaf - “Saya Tidak Salahkan Sesiapa…”

gempak
Asyraf Roslan
09/05/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Individu Persoal Letak Nama Jepun Isteri Di Batu Nisan, Ridzuan Ridzokumura Mohon Maaf - “Saya Tidak Salahkan Sesiapa…”

Usahawan, Ridzuan Ridzokumura tampil membalas kenyataan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya yang didakwa tidak meletakkan nama Islam arwah isterinya, Akiko Okumura di batu nisan.

Dalam satu perkongsian di Tiktok, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib memohon maaf kerana terlepas pandang perkara tersebut.
Bagaimanpun, Ridzuan mengatakan bahawa nama asal arwah isterinya itu juga mempunyai makna yang indah jika diterjemahkan.
“Maaf banyak mata yang terlepas pandang. Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin salah saya sebab letak nama Aishah tu dalam huruf jawi.
“Nama Akiko Okumura tu pun sangat indah kalau diterjemahkan,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan tidak salah untuk meletakkan nama Jepun di batu nisan.
Malah ada juga beberapa orang netizen yang meminta individu tersebut untuk tidak menghukum sebelum menyelidik.
“Tak ada masalah pon letak nama jepun ke nama malaysia ke nama apa pon.. yg penting ada nama org tu supaya x tersalah kubur.. jai jelly meninggal nanti silakan letak nama "jai jelly" okayyyy.
“Kalau org Jepun beragama islam, duduk di jepun atau di mana² pun..kalau meninggal kena tukar nama melayu atau nama arab kat batu nisan ke??? alahaiii si jai jelly oiii.
“Jai jelly...yg tertulos jawi tu apa?

“Awak pandai Komen awak Tau x tulisan jawi mana satu.

“Mungkin jai jelly nie terlepas pandang kot.

“Asalkn ada nama sudah.. haih tu pon si jai jelly ni nk bising,” kata netizen.

Sekadar info, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada 28 Februari 2025.

Berita duka itu dikongsi oleh Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, di Instagram (IG).

Jenazah Akiko selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya,

Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suaminya dan anak lelaki pasangan itu, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.

Abd Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009.

Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Batu Nisan
#Ridzuan Ridzokumura
#Akiko Okumura
Must-Watch Video