,
Terkini

Individu ‘Menyamar’ Jadi Staff & Siap Dedah Jumlah Bonus Diterima, Khairul Aming - “Faham Nak Bergurau, Tapi…”

Izwan Isa
04/04/2024
03:55 MYT
Nama usahawan dan pencipta kandungan bergenre gastronomi, Khairul Aming sekali lagi meninti di bibir netizen selepas video memberi duit raya dan berbelanja barang dapur untuk para pekerjanya viral di media sosial.
@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak ? #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming ♬ original sound - Khairulaming
Bukan hanya sekali, sudah berkali-kali kemurahan hati dan keprihatinan Khairul Aming terhadap kebajikan pekerja sering menuai kata-kata positif dalam kalangan wargamaya.

Menyamar

Di sebalik respons positif, terdapat seorang pengguna platform X yang ‘mendedahkan’ jumlah duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming kepada kakitangannya.
Menerusi hantaran tersebut, individu yang mengaku sebagai pekerja di syarikat Khairul Aming itu mendakwa menerima wang sebanyak RM5,000.
Hantaran berkenaan meraih perhatian Khairul Aming sendiri dan tuan empunya badan bagaimanapun menidakkan pengakuan tersebut.

Bimbang salah faham

“Faham nak bergurau tapi tak boleh tweet fake macam ni sebenarnya. Ramai salah faham nanti harap maklum,” tulis Khairul Aming.
Meninjau ruangan balasan, ramai yang dilihat bersetuju dengan tindakan Khairul Aming itu.
Namun, tidak kurang yang menasihati Khairul Aming supaya tidak mendedahkan kepingan-kepingan duit ketika mahu diberikan kepada kakitangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Hasilkan Video Masak Di NZ - “Kalau Pergi Sendiri & Untuk Melancong Tidaklah Semahal Itu”

gempak
04/09/2024
03:25 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan untuk tiga orang sepanjang menhasilkan video masakan di New Zealand.
Hiburan

Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Peminat Tumpang Bangga! - “Ini Baru Betul-Betul Influencer”

gempak
03/09/2024
07:22 MYT
Pempengaruh, Khairul Aming sendiri tidak percaya bahawa Luxon mahu berjumpa denganya yang kini berada di tanah air sempena rangka lawatan rasmi.