,
Viral

Individu Mengaku Sebagai Imam Masjid Dakwa Pasangan Tular Belum Berkahwin

Gempak
24/05/2024
11:53 MYT

Seorang individu yang mengaku dirinya sebagai imam dari Masjid Al-Maarufi, Seberang Kota, Kedah memperjelaskan status hubungan pasangan yang didakwa sebagai suami isteri yang tular bersama bayi mereka baru-baru ini.

Dakwa imam berkenaan, pasangan tersebut sebenarnya masih dalam proses untuk mendirikan rumah tangga dan pernah dinasihatkan oleh pihak masjid untuk tidak tinggal serumah.

Belum berkahwin

“Sebelum ini, kami pernah hadir ke rumah mereka dan nasihatkan mereka untuk tidak tinggal serumah buat sementara waktu. Perbincangan kami pada malam tu… nampak tiada perubahan.

“Jadi, kami panjangkan kepada pejabat agama. Pada 1 September 2023, pihak pejabat agama hadir dan pihak perempuan dihantarkan pulang ke rumah ibunya.
“Kami ingatkan tindakan kami sudah selesai, sehinggalah tular yang sehingga kini, mereka masih lagi bersama dan status mereka masih dalam proses untuk berkahwin,” katanya.
@aduanrakyatkualakedah Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah "sana" yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tpu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tpu,akhirnya terkantoi juga..#fypシ゚viral #kualakedah #isurakyat #prihatin #beranda #fyp #alorsetar #masjidalmaarufi #teammasjid #zyxcba #kedahdarulaman #isusemasa #lawantetaplawan ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa
Dakwa individu tersebut, tujuan dia memberitahu hal sebenar adalah bagi menjawab tuduhan daripada netizen yang mendakwa pihak masjid tidak memberikan sebarang bantuan dan tidak berbuat apa-apa kepada mereka.
“Jawapan kami kepada netizen untuk tidak salahkan pihak masjid atau komuniti kariah yang (didakwa) tidak buat apa-apa dan tidak tahu apa-apa,” katanya lagi.
Dalam video berbeza, individu tersebut berharap agar segala pertanyaan diajukan kepada mereka yang arif dan mengenali pasangan tersebut.

“Kepada netizen semua, saya berharap jika ingin bertanya satu perkara, sila berhubung dahulu dengan ketua-ketua tempat penduduk… contoh saya iaitu imam atau ketua kampung yang mempunyai authority untuk menjawab soalan,” katanya.

Sementara itu, Gempak sedang berusaha mendapatkan komen dan maklumat lanjut daripada pasangan berkenaan mengenai isu ini.

Sumber: Facebook, TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dera Anak Digugurkan, Ibu Dedah Kronologi Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

Nonny Nadirah Dedah Kini Berstatus Janda? - “Single, Dah Dekat Empat Tahun Tak Disentuh”

gempak
15/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah menegaskan dia tidak pernah menggunakan imej seksi untuk mendapatkan kemewahan dan perniagaan yang diusahakan kini.
Berita

2 Beradik Koma Makan Keropok Beracun Tikus, Ibu Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran

gempak
09/07/2024
09:25 MYT
Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun tikus, Nurain Hasnorizal, 25, masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.