VIRAL
Individu Kongsi Video Kanak-Kanak Menangis Dalam Feri Tampil Mohon Maaf - “Bukan Tak Nak Padam Posting Itu Tapi…”
Lelaki yang tular gara-gara memuat naik video memperlihatkan dia dan isterinya berdepan situasi kanak-kanak menangis dalam feri yang tampil memohon maaf.
Mohon maaf
Mengakui kekhilafannya dalam menyusun kata-kata, lelaki yang dikenali sebagai Aeryll itu menjelaskan tujuan perkongsian itu hanya ingin meminta pandangan orang terhadap situasi yang berlaku.
“Saya nak buat permohonan maaf kepada semua yang bergelar ibu bapa di luar sana kerana posting saya itu telah membuatkan kalian tersinggung dan ‘misleading’.
“Tujuan saya muat naik video itu adalah kepada ibu bapa yang pernah alami situasi macam tu, apa nasihat mereka untuk pasangan baru seperti kami? Apa kami perlu buat bila ada anak nanti?
“Itu saja, bukan niat nak hentam sesiapa. Saya nak tahu apa korang buat, mungkin ada ilmu yang saya tak tahu dan perlu belajar,” kongsinya.
Tak nak padam
Bagaimanapun, lelaki berkenaan menegaskan dia tidak akan memadam video tersebut kerana mahu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.
“Bukan tak nak padam posting itu, tapi video pun dah tular dan tersebar luas jadi kalau padam pun tak ada guna.
“Orang akan hentam juga dan kalau saya padam, orang akan kata saya tak bertanggungjawab atas tindakan saya. Jadi, sekarang ini saya bertanggungjawab,” ujarnya lagi.
Berhenti kecam
Pada perkongsian yang sama, lelaki tersebut juga memohon agar orang ramai tidak mengkritik atau melemparkan kecaman terhadap isterinya dab dia juga mengambil tanggungjawab atas segala kesalahan.
“Jangan sampai mendoakan bini saya yang bukan-bukan, sebab benda ini saya yang buat. Bini saya tak ada kena-mengena. Kenapa muka bini saya macam itu? Sebab dia tak sihat.
“Saya tak pertahan apa-apa, saya cuma minta maaf sebab korang terasa dengan kenyataan saya sebelum ni,” katanya.
Terdahulu, tindakan lelaki tersebut yang memuat naik video dan menghentam ibu bapa yang membiarkan anak kecil mereka menangis di dalam feri telah meraih perhatian dan kecaman netizen.
Dakwa lelaki itu, tindakan kanak-kanak itu yang menangis hampir satu jam telah membuatkannya dan isteri berasa tidak selesa.
@aeryllfamee Assalammualaikum dan salam sejahtera, Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada sy memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang sehingga menyebabkan pelbagai andaian drpd pelbagai pihak Demi Allah, sy mengagumi para ibu bapa yg mempunyai anak2 yang aktif, yang hyper dan special needs kerana mereka kuat dalam menangani situasi jika anak2 mula meragam dan sebagainya. Tujuan asal video sebenarnya ingin mengetahui lebih lanjut macam mana parents akan handle bila anak start meragam. Sebab sy percaya setiap masalah pasti ada penyelesaian tnpa mengeluarkan statement “biasalah budak2” Sy percaya ibu bapa jugak takkan pernah biarkan anaknya sakit ataupun menangis begitu lama dan bukannya niat saya utk memalukan mana2 pihak. Mungkin cara sy menulis menimbulkan salah faham dan membuka ruang sehingga menyebabkan org ramai berfikir kami tak sukakan budak2. Kami berlapang dada menerima segala teguran dan nasihat daripada anda semua. Terima kasih kerana masih sudi untuk menegur mana part yang kami salah. InshaAllah di masa hadapan, kami akan lebih improve dan menjadi orang yang lebih baik. Mana yg mendoakan keburukan atas kami, secara ikhlas dan atas nama Allah, kami memaafkan kalian semua. Love you all ❤️ Terima kasih.♬ original sound - Aeryll
Must-Watch Video