,
Laman Utama

“Individu Itu Bukanlah Kawan Tapi…” - Afieq Shazwan Sanggup Berkenalan Dengan Anak Ikan Demi Watak

Asyikin Mayudin
20/09/2022
08:55 MYT
Pertama kali memegang watak anak ikan’ pelakon Afieq Shazwan sanggup berkenalan dengan individu yang berpengalaman mempunyai ‘sugar mummy’.
Bagaimanapun menurut Afieq, wataknya sebagai Rizal dalam drama tersebut diolah menjadi lebih menarik.
“Terus terang, saya pun tak ada pengalaman itu. Saya ada bertanya pengalaman orang.
“Individu itu bukanlah kawan tapi kenalan… saya sanggup nak berkenalan dengan dia sebab nak tahu macam mana kehidupan dia.
“Cuma bila dalam drama, ada tambah eleman-eleman untuk menampakkan jalan cerita jadi best,” kata Afieq kepada Gempak.
Selain Afieq, drama tersebut turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Zarul Husin, Aidil Aziz dan ramai lagi.
Sementara itu, Afieq yang juga seorang penyanyi mengakui dia hampir menolak watak tersebut yang dilihat terlalu mencabar buat dirinya.
Malah, Afieq turut mendedahkan ibunya sendiri juga tidak mengetahui mengenai lakonannya sebagai anak ikan.
“Saya hampir tolak pun watak ini… sebab cerita ini makin lama, makin berat.
“Mak saya pun tak tahu yang saya berlakon sebagai anak ikan,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.