,
Hiburan

Inara Rusli Bingung Virgoun Saman Sebab Buka Telefon Bimbit Tanpa Izin, Minta Dipenjarakan

Maliah Surip
29/12/2023
15:55 MYT
Nampaknya drama hubungan penyanyi Virgoun dengan bekas isterinya, Inara Rusli belum berakhir meski mereka telah sah bercerai.
Babak baru drama persengketaan mereka berlanjutan apabila Virgoun memfailkan saman terhadap Irana kerana membuka akses telefon bimbit miliknya tanpa izin.
Inara didakwa telah membuka dan membaca isi telefon bimbit sewaktu menjadi isteri Virgoun tanpa pengetahuan lelaki tersebut.
Wanita itu mengaku bingung dengan ‘tuntutan’ baharu yang dikenakan kepadanya oleh Virgoun.
Pada pandangannya, adalah normal pasangan suami atau isteri membuka dan membaca isi telefon bimbit masing-masing.
Malah dia mendakwa untuk kesnya, Virgoun sudah memberi kebenaran untuk melihat isi telefon bimbitnya. Dan itu dilakukan tanpa paksaan.
“Saya fikir ia (lihat telefon bimbit) akan jadi tidak ‘sah’ jika orang yang tidak ada hubungan atau saling tidak mengenali melakukannya.
“Tapi kalau masih jadi suami isteri bagaimana boleh dikatakan membuat hal itu tanpa izin?
“Kalau memang betul saya lakukan (buka telefon tanpa izin) penjarakan saja saya,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Dia kemudian menyambung: “Banyak pasangan suami isteri yang memang mahu lihat isi telefon bimbit pasangan masing-masing. Malah ada yang pakai kata laluan yang sama.
“Dia (Virgoun) yang beri telefonnya kepada saya jadi saya bingung bila dituduh melihat tanpa izin.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”

gempak
06/07/2024
07:55 MYT
Selepas anaknya Virgoun ditangkap kerana dadah, ibu penyanyi tersebut Eva Manurung menyarankan agar bekas menantu, Inara Rusli kembali rujuk.
Hiburan

Pernah Guna Dadah Pada 2012, Virgoun Kembali Ambil Syabu Untuk Kurus

gempak
25/06/2024
08:20 MYT
Penyanyi Virgoun yang ditangkap kerana dadah akhirnya memberikan alasan di sebalik perbuatan buruknya itu.
Nusantara

Lepas Dituduh Zina Sampai Cerai, Virgoun Ditangkap Kerana Dadah

gempak
21/06/2024
03:54 MYT
Hidup penyanyi Virgoun nampaknya seperti semakin terumbang ambing.
Laman Utama

#GempakWrapped2023: BCL Kahwin Lagi, Si Buta Putri Ariani Di AGT, Candu Gadis Kretek & Nafsu Virgoun

gempak
22/12/2023
07:02 MYT
Dunia seni Indonesia juga mencetak banyak cerita tersendiri tentang tahun 2023.
Laman Utama

Inara Pesan Virgoun & Kekasih Jangan Sampai Diserbu Jiran

gempak
03/11/2023
06:50 MYT
Kisah perseteruan penyanyi Virgoun dengan isterinya, Inara Rusli masih belum berpenghujung.