,
Laman Utama

Imran Bard, Azfar Heri & Zhafvlog Puji Rahsia… Siap Bagi Rating Full Mark

Izwan Isa
10/08/2023
08:50 MYT
Filem Rahsia terbitan Astro Shaw sudah pun menemui penonton bermula malam semalam dan rata-rata memberikan ulasan positif terhadap karya arahan Shamyl Othman itu.
Menerusi kemas kini pempengaruh Imran Bard di platform X, jalan cerita Rahsia dilabelkan sebagai berbeza dan lain daripada filem seram Malaysia lain. “Sumpah 10/10 best teruk. Jujurnya dah lama tak tengok filem Melayu yang best macam ni. I love it so much. Lakonan Nabila memang best, storyline best gila, seram pun seram, cinematic pun cantik tapi banyak jumpscare. Highly highly recommended. Please pergi tengok,” katanya.
Sementara itu, selebriti media sosial, Azfar Heri turut memberikan respons positif terhadap karya berkenaan.
“Ok saya bagi 10/10 sebab best dan seram. Tak merepek ke apa ke dan jalan cerita dia best. I love you Nabila Huda. Saya menjerit macam nak terbang ye dengan hantu yang duk merangkak sana sini. Penat ye. Korang sila tengok ok,” tulisnya di Instagram Story.
Sebelum ini, pengulas filem bebas, Zhafvlog turut memberikan markah penuh terhadap filem Rahsia.
“Jumpscare on-point, hantu seram, lakonan Nabila Huda level best actress, story menarik yet mudah difahami. Tetapi the trailer shows nothing! Saya ingatkan cerita ni biasa-biasa je, sekali nohh saya melompat-lompat mat sebab terkejut
“Siapa tak pernah tengok filem asal tahun 1987 jangan risau, filem ni re-boot dengan menghormati karya asal. One of the best local horror films! Very well recommended to all horror fans!” tulisnya sambil memberikan markah 5/5 infinity stars.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
BACA: “Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain​
BACA: “Waktu Itu Jam Dua Tiga Pagi…” - Qistina Raisah, Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Jatuh Tangga, Kebetulan Atau Ada Gangguan?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Viral

Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”

gempak
25/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Imran Bard mendakwa dia terpaksa berputih mata apabila tidak berjaya ketika temu bual di pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, baru-baru ini.
Viral

“Cuba Tanya Mana Tahu Saudara Jauh” - Netizen Terhibur Tengok Rupa Paras Azfar Heri Seiras Aaron Chia

gempak
01/07/2024
09:55 MYT
Pempengaruh sensasi, Azfar Heri baru-baru ini meluahkan rasa terhibur apabila rupa parasnya disamakan oleh netizen dengan pemain badminton negara, Aaron Chia.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Hiburan

Zhafvlog Bergaduh Dengan Netizen Gara-Gara Filem The Experts?

gempak
06/06/2024
11:30 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog berdebat demgan seorang individu setelah ulasannya mengenai filem The Expert dikritik.