gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isteri AC Mizal Terkilan Konsert 4U2C Jadi Isu -”Saya Tahu Susah Untuk Awak Tapi…”
VIRAL
Pemandu E-Hailing Mengantuk, Suami & Isteri ‘Offer’ Pandu Kereta Pulang Ke Rumah - “Daripada Mengadu Dekat…”
HIBURAN
Berang Lagu 4U2C Dimuat Naik Tanpa Izin Di Platform Digital, AC Mizal Tuntut Penjelasan Man Senoi - “Keluarkan Suara Kami, Kau Jual Instrumental”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Impian Jadi Kenyataan! Trisha Ooi Teruja Dapat Tawaran One Cent Thief 2 - “Saya Tak Akan Siakan Peluang Ni!”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
31/01/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
Impian Jadi Kenyataan! Trisha Ooi Teruja Dapat Tawaran One Cent Thief 2 - “Saya Tak Akan Siakan Peluang Ni!”
Pelakon, Trisha Ooi meluahkan rasa syukur apabila mendapat tawaran untuk menjayakan siri popular One Cent Thief musim kedua.
Jelas Trisha atau nama lengkapnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, dia sudah lama menantikan peluang sebegini dan akhirnya dapat mempersembahkan kebolehannya dalam drama yang pernah merangkul Anugerah Drama Terbaik di Anugerah Sri Angkasa.
“Mungkin ada pihak yang tahu saya berasal dari bidang stunt selama lima, enam tahun namun saya tak pernah dapat watak yang sebegini. Ada buat beberapa aksi namun bukan seperti yang kita dapat lihat dalam One Cent Thief ini.
“Alhamdulillah ini pertama kali saya bekerjasama dengan Astro dan pertama kali juga saya mainkan watak sebegini, jadi saya sangat terharu dan bersyukur.
“Meskipun dah lama dalam bidang stunt, masih banyak persiapan yang saya perlu buat sebab saya tak mensia-siakan impian untuk dapat watak macam ni. Saya sangat gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga One Cent Theif ini,” katanya.
SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK​

Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah dan Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa.

Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

Siri Premium Astro Originals ‘One Cent Thief’ musim kedua turut menyaksikan kolaborasi penuh dinamik jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari.

Gooday Charge telah menjadi rakan kerjasama strategik Astro Shaw untuk sepanjang tahun 2025, dan usaha kerjasama strategik dalam industri ini bertujuan memberikan pengalaman menyeronokkan dan meningkatkan lagi keterujaan peminat untuk terus menonton siri hebat ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuat video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.

‘One Cent Thief’ musim kedua adalah hasil sentuhan premium Ariff Zulkarnain dan juga Alfie Palermo, show runner dan pengarah asal bagi siri original One Cent Thief.

Siri saspens penuh mendebarkan ini dibintangi oleh Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Husin (Abah), Fabian Loo (Chen), Sofia Jane (Ibu Zara), Trisha Ooi (Diyana), Syarul Izani (Dzia) dan juga Shashi Taran (Kapten Chandran).

Topic Berkaitan
#Drama
#Astro Originals
#Trisha Ooi
#One Cent Thief 2
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement