HIBURAN
Imbau Kenangan Malam Raya, Mata Nadeera Hampir Buta Terkena Bunga Api - “Salah Seorang Sepupu Saya Cucuk…”
Mengimbau semula insiden pada malam raya ketika zaman kecil, penyanyi Nadeera mendedahkan matanya hampir buta akibat terkena bunga api.
Luka kecil
Nadeera atau nama penuhnya Farah Nadeera Zaini, bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila tiada sebarang kecederaan serius, sebaliknya hanya luka kecil di sekitar bahagian mata.
"Saya masih ingat lagi sewaktu kecil, ketika itu malam raya, main bunga api dengan saudara mara saya.
"Tiba-tiba salah seorang sepupu saya cucuk bunga api di sekitar bahagian mata saya, hampir buta. Tapi Alhamdulillah tidak masuk di bahagian mata, cuma luka sikit.
"Tidak silap saya, ketika itu usia saya sekitar tiga atau empat tahun, masih kanak-kanak, biasalah terlalu seronok bermain,” kongsi penyanyi berusia 32 tahun itu.
Awasi anak-anak
Justeru, pelantun lagu 'Bukan Lagi Kita' itu menasihati ibu bapa supaya mengawasi anak-anak ketika bermain bunga api.
"Saya harap kepada ibu bapa dan adik-adik di luar sana supaya berhati-hati kalau main bunga api. Kita di bulan Syawal memang seronok nak bermain, tetapi keselamatan wajib diutamakan," ujarnya.
Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri, Nadeera menjawab, kuih tradisi keluarga yang diberi nama 'bangkit koko' menjadi juadah wajib.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Move On, Lagu Bukan Lagi Kita Raih Carta Nombor Satu Di Setiap Platform Muzik Di Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: "Makin Tinggi Pujian, Makin Naik ..." - Faizul Surani Simpan Rahsia Harga Busana Nadeera Zaini, Pegang Prinsip Tiada Tajaan Percuma
"Dalam keluarga saya ada satu kuih tradisi, kuih bangkit koko. Setiap kali tiba hari raya wajib ada kuih tersebut, resepi turun temurun.
"Saya sendiri pandai untuk buat kuih itu. Cara pembuatan juga sedikit lain, kalau langgar pantang larang memang tak jadi."
Must-Watch Video